Wednesday, March 9, 2011

Grand Prix Selangor

Grand Prix Selangor Sasar Tarik 12,000 Kaki Pancing, Tawar Wang Tunai RM500,000
SHAH ALAM, 6 Mac (Bernama) -- Grand Prix (GP) Memancing Selangor 2011 yang julung kali diadakan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM500,000.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor Dr Yaakob Sapari dan ia akan dijalankan dalam sembilan peringkat di sembilan lokasi mulai hari ini hingga 18 Disember ini.

Beliau berkata untuk setiap siri, hadiah wang tunai RM30,000 akan diberikan kepada pemenang pertama, RM12,000 untuk pemenang tempat kedua dan RM6,000 untuk ketiga.

"Untuk siri pertama yang dilancarkan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Taman Tasik Kota Kemuning di sini hari ini, 1,200 peserta mengambil bahagian," katanya kepada Bernama di sini Ahad.

Beliau berkata pihaknya menyasarkan 12,000 kaki pancing menyertai Grand Prix ini akan turut diadakan di Taman Tasik Kelana Jaya, Petaling Jaya, Taman Tasik Kolej Islam Selangor (KUIS) di Hulu Langat, Pantai Tanjong Harapan, Klang, Taman Agrotek, Kuala Selangor, Pantai Sungai Lang, Sabak Bernam, Tasik Millenium, Hulu Selangor, Tasik Cyberjaya, Sepang dan Taman Tasik Shah Alam.

No comments:

Post a Comment

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...