Samsung menampilkan handphone generasi kelima
Samsung Galaxy S iaitu S5 secara rasmi di Malaysia pada harga RM2,399 yang mula
dijual 11 April nanti.Handphone Galaxy S5 pastinya dapat memenuhi kehendak asas
pengguna yang mahukan kamera berkualiti tinggi serta aplikasi mudah untuk
membuat suntingan serta memindah naik pada resolusi kamera 16 megapiksel.
Galaxy S5 turut menawarkan sistem fokus automatik terpantas di dunia sehingga 0.3 saat selain menaik taraf kualiti High Dynamic Range (HDR) untuk menghasilkan pencahayaan serta warna yang lebih terang.
Dengan skrin lebih besar iaitu 5.1 inci Full HD Super AMOLED pastinya S5
menjanjikan kepuasan pengguna ditambah dengan pemproses 2.5 GHz Quadcore dan
generasi kelima Wi-Fi 802.11ac serta 2X2 MIMO yang menyokong frekuensi LTE
kategori 4.
Dari segi fizikal, S5 sama seperti model terdahulu dengan bahan plastik
premium namun dengan rekaan yang lebih moden seperti liang kecil untuk tampak
lebih elegan dan mudah dipegang.