Saturday, March 8, 2014

Pesawat MAS Ke Beijing Hilang

SEPANG: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan bahawa penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang pada pukul 2.40 pagi, Sabtu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, Penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777 -200 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi pada 8 Mac 2014.
MH370 dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Penerbangan itu membawa seramai 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal.
Penumpang-penumpang dalam pesawat tersebut terdiri daripada 13 warganegara berbeza.
Sementara itu, 'Reuters' melaporkan bahawa pesawat terputus hubungan radar di ruang udara yang dikawal oleh Vietnam, memetik laporan awal pagi agensi berita China, Xinhua.
Pesawat itu dilaporkan tidak memasuki ruang udara yang dikawal oleh China dan tidak berhubung dengan pusat kawalannya.
MAS berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mencari pesawat.
Syarikat penerbangan itu akan menyediakan kemas kini perkembangan keadaan dari masa ke semasa.

Sementara itu, orang ramai boleh menghubungi +603 7884 1234 untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...