Saturday, December 22, 2012

Kapal Selam, Muzium Maritim Melaka


Kesempatan berkunjung ke Melaka pada hunjung minggu lepas, saya tidak melepaskan peluang singgah sebentar di Pantai Klebang yang menempatkan kapal selam SMD Quessant yang telah menarik minat ribuan pelancong untuk melihatnya.



Kapal selam kelas Agosta 70 ini di tempatkan di satu kawasan tanah laut yang telah ditambak dikenali sebagai Dataran 1Malaysia Pantai Klebang. Buat masa sekarang kapal selam ini dibuka untuk tontonan hanya dibahagian luar sahaja sehingga keseluruhan projek bernilai RM 12.6 juta yang dikenali sebagai Muzium Maritim ini siap sepenuhnya. Jalan masuk untuk ke kawasan ini juga terpaksa melalui jalan sementara yang tidak rata dan berliku. Bayaran masuk ke kawasan berpagar kapal selam ini untuk dewasa hanya Rm 1.00 dan kanak-kanak 0.50 sen seorang.



Kapal selam yang mempunyai panjang 67.57 meter, tinggi 11.75 meter dan lebar 6.5 meter ini dibina oleh Arsenal de Cherbourg, Perancis pada tahun 1978 dan sebenarnya adalah merupakan kapal selam latihan kepada 156 krew kapal selam TLDM iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak yang melatih krew tersebut  mulai 21 November 2005 hingga 9 Julai 2009. Dan ia diperolehi sebagai sebahagian daripada kontrak pemberian dua kapal selam Scorpene tersebut.

3 comments:

  1. dalam proses untuk pembaikan lagi...

    ReplyDelete
  2. dh lama tak jejak Melaka...insya Allah..ade kesempatan nnt...dpt jgk tgk kapal selam ni...

    ReplyDelete

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...