Queens Park Rangers (QPR), Kelab EPL
yang dimiliki oleh Tony Fernandes akhirnya melantik Harry Redknapp sebagai pengurus baru selepas Mark Hughes dipecat pada Jumaat lalu.
Mark Hughes, bekas pemain Manchester United dan antarabangsa Wales memulakan tugas di QPR pada 10 Januari 2012 dan hanya bertahan selama 11 bulan sebelum diganti oleh Redknapp.
Harry Redknapp, 65 bekas pengurus
Tottenham Hotspur dari 2008 sehingga Jun 2012, menerima jawatan ini dengan
kontrak perjanjian dua tahun setengah dan tugas beliau sangat mencabar kerana sehingga
kini QPR belum memenangi sebarang perlawanan slepas 12 perlawanan liga malah
hanya mengutip empat mata sekaligus meletakkan mereka di kedudukan terbawah liga.
Perlantikan Harry Redknapp diharapkan
dapat memberi nafas baru kepada QPR untuk mengelakkan daripada tersingkir dari
EPL musim depan.