Friday, July 1, 2011

Kenaikkan Yuran Langganan Astro


Tentu ramai pelanggan Astro yang sudah mendapat surat pemberitahuan tentang kenaikan yuran langganan mereka yang bertajuk "Perubahan Ke Atas Langganan Astro Anda" menarik nafas lega apabila kerajaan bersetuju untuk tidak membenarkan Astro menaikkan tarif perkhidmatan mereka itu selagi tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata isu tarif itu telah dibincangan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan Kabinet berpendapat Astro tidak sewajarnya menaikkan apa pun tarif berkaitan perkhidmatan mereka pada waktu ini.

"Saya telah bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif Astro kecuali ianya telah diluluskan oleh SKMM, dan mengikut kadar yang berpatutan, serta mengikut lunas undang-undang, " katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

2 comments:

  1. rasanya cukup dh saluran tv free yg ada. tmbhn pulak internet pn dh ada.semuanya di hujung jari saja.

    ReplyDelete
  2. chempaka...he..he..tapi ramai juga yang langgan siaran astro ni...

    ReplyDelete

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...