Thursday, February 13, 2014

Skim Pinjaman Perumahan Tanpa Faedah

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mengumumkan pelaksanaan Skim Pinjaman Perumahan Anggota Perkhidmatan Awam Johor Tanpa Faedah berkuat kuasa 1 Mac ini ketika menyampaikan amanat sulung tahun ini kepada kira-kira 1,500 penjawat awam negeri di Kota Iskandar, Johor Baharu.

Sebelum ini, kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak empat peratus.
Beliau berkata bagi peminjam yang masih mempunyai baki dan dipotong dari gaji bulanan, baki pinjaman terkini akan disediakan pada April hingga Mei depan. Bayaran balik mengikut jadual baru skim ini akan dilaksanakan pada Mei atau Jun tahun ini.
"Kerajaan sentiasa inovatif dalam menangani masalah rakyat dan yang paling penting ialah semua ini disumbang melalui inovasi dasar yang dilakukan penjawat awam," katanya.
Menurut Khaled, antara dasar penting dalam pembentangan Bajet 2014 ialah usaha kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.
"Langkah seperti memperbanyakkan projek rumah mampu milik sememangnya sangat bertepatan. Ini bermakna, kerajaan tidak hanya membiarkan kuasa pasaran menentukan kos rumah," katanya.


No comments:

Post a Comment

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...