Saturday, November 23, 2013

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang




Nantikan kemunculan Ustaz Azhar Idrus dalam filem berjudul Ustaz Mu Tunggu Aku Datang yang akan ditayangkan dipawagan seluruh negara bermula pada 28 November ini. Bolehlah bawa anak-anak bersama semasa musim cuti sekolah ini atau menonton bersama rakan-rakan.

Dengar cerita Ustaz Azhar yang juga seorang penceramah bebas yang popular ini menerima bayaran yang agak lumayan walupun hanya tampil dalam tiga babak sahaja. Rezeki beliau.

Filem ini menceritakan tentang Dadu, lakonan Shahrol Shiro yang tidak mempunyai hala tuju dalam hidup, manakala rakan baiknya, Muiz, lakonan Ajak Shiro pula seorang penganggur dan mengharapkan Dadu menyara hidupnya.

Kemunculan saudara Dadu, Hamzah, lakonan Along Eyzendy yang telah insaf membuka hati kedua-duanya untuk kembali ke jalan yang benar. Hamzah kemudian memberi mereka menonton VCD ceramah Ustaz Azhar sehingga menimbulkan minat mereka yang mahu menyaksikan ceramah Ustaz Azhar secara langsung.

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang diterbitkan oleh Metrowealth dan diarahkan oleh pengarah muda Pierre Andre.

Monday, November 18, 2013

Faizul Juara Akademi Fantasia 2013

Tahniah diucapkan kepada peserta program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF2013) Faizul apabila telah diumumkan sebagai juara diacara yang berlangsung malam tadi di Stadium Negara, Kuala Lumpur.
Kemenangan itu membolehkan Faizul atau nama sebenarnya Mohd Faizul Sani membawa pulang hadiah utama wang tunai RM100,000, kontrak rakaman bernilai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro yang disampaikan oleh pengilham, Datuk Siti Nurhaliza.
Pada pertandingan yang diadakan secara langsung menerusi saluran Astro Ria itu, Faizul menyampaikan lagu berjudul Hanyut, nyanyian Faizal Tahir dan sebuah lagu baharu berjudul Sepasang Sayap.
Tempat kedua diungguli peserta duo Azhael iaitu Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Razmi yang membawa pulang wang tunai RM30,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.
Sementara, tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh Nadia Amira Othman atau Amira menerima RM20,000 serta trofi  dan Siti Ruhailah Hussein atau Indah menerima RM10,000 serta trofi.
Dua peserta lain yang beraksi pada pertandingan akhir AF 2013 ialah Aishah Aziz (Aishah) dan Nur Nabila Mohd Razali (Nabila).

Senarai pemenang diumumkan oleh pengacara Zizan Razak dan Hefni. Selain juri tetap, Edry Abdul Halim dan Sharifah Amani, turut diundang sebagai pengkritik ialah Datuk Ramli MS.

Sunday, November 10, 2013

Fizo Omar sah bergelar suami kepada Mawar

Pelakon Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar sah bergelar suami kepada anak pengasas tudung jenama Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz tepat jam 9.30 pagi tadi di rumah pengantin perempuan di Country Height Kajang, Selangor.
Akad nikah telah disempurnakan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat, Mohd Arif Abd Samad dan disaksikan oleh dua orang saksi iaitu Wan Zamani Wan Omar dan Azreen Bajuri.
Cara tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi O di TV9.
Pada majlis tersebut, Mawar turut menerima mas kahwin sebanyak RM506 namun wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.
Rombongan lelaki membawa tujuh dulang hantaran berupa sepersalinan dan wangian berbalas sembilan dulang daripada pihak perempuan.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin, rakan artis dan wakil media.

Rombongan pengantin lelaki diiringi konvoi motosikal berkuasa tinggi selain tujuh selebriti lelaki iaitu Datuk Rosyam Nor, Fahrin Ahmad, Kamal Adli, Nazim Othman, Iqram Dinzly, Johan As'ari dan Shaheizy Sam ditugaskan untuk membawa dulang hantaran.

Monday, November 4, 2013

Pas Kekalkan kerusi DUN Sungai Limau

PAS melalui calonnya, Mohd Azam Abd Samat berjaya mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau dengan majoriti kira-kira 1,084 undi, merosot 1,690 undi daripada majoriti pada PRU13 lalu. Mohd Azam Abd Samat memperolehi 12,069 undi manakala calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim mendapat 10,985 undi.

Seramai 85.5 peratus (22,642 pemilih) daripada 27,222 pemilih dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu menunaikan tanggungjawapnya hari ini.

PAS mempertahankan kerusi tersebut bagi penggal kelima berturut-turut. Pilihan raya kecil kali ini diadakan ekoran kematian penyandangnya, Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak.

Dalam PRU13 yang lepas, PAS mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti 2,774 undi. Ketika itu Azizan memperolehi 13,294 undi untuk menewaskan tiga lagi calon termasuk dari BN yang mendapat 10,520 undi.

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...