Thursday, January 17, 2013

Tam Sheang Tsung Bersama Harimau Muda A

Pemain dari Liga Super China yang  bermain untuk kelab Shanghai Shensua, Tam Sheang Tsung, 18 tahun telah dipilih oleh Ong Kim Swee untuk berlatih bersama skuad beliau Harimau Muda A. Ini disahkan sendiri oleh Kim Swee dalam laman twitternya hari ini.



Tam Sheang Tsung sebenarnya dilahirkan di Tokyo, Jepun tetapi ibu bapanya berasal dari Malaysia dan beliau layak mewakili Malaysia. Semasa di Jepun, Tam Sheang Tsung pernah menyertai kelab Divisyen 2, Sagan Tosu yang terletak di Kyusu, Jepun dan digelar pemain termuda dalam sejarah bola sepak profesional Jepun. Dan sekarang beliau menyertai bekas bintang EPL, Drogba dan Anelka bersama pasukan Shanghai Shensua dalam Liga Super China. 



2 comments:

  1. Menarik nie.. x dapat kesan dia nie dari dulu lg....

    ReplyDelete
  2. pemain ini tinggal di jepun bersama keluarganya...

    ReplyDelete

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...