Tuesday, May 29, 2012

Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) Seksyen 2, Telah Dibuka






Lebuh raya Lembah Klang Selatan (SKVE) Seksyen 2, telah dibuka dengan rasmi pada hari ini oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dan dengan itu pengguna lebuh raya ini akan menikmati tol percuma selama sebulan sehingga 29 Jun ini.
Laluan 12.9 km ini dengan kos pembinaan sebanyak RM230 juta menghubungkan persimpangan SKVE Saujana Putra dan persimpangan Teluk Panglima Garang itu secara tidak langsung mampu menjadi pemangkin pembangunan di sepanjang koridor lebuh raya iaitu Bandar Saujana Putra, Kebun Baru, Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Jenjarom dan Banting.
Lebuh raya empat lorong-dua hala dengan kelebaran 3.65 meter bagi setiap lorong itu dibina dengan penekanan aspek kualiti dan ciri keselamatan seperti dilengkapi sistem pemantauan trafik dan pasukan ronda 24 jam sehari. Kadar tol yang tetapkan 14.96sen satu kilometer.
Lebuhraya SKVE sepanjang 52km ini mempunyai tiga seksyen iaitu 1A dan 1B, Sekyen 2 dan Sekyen 3 dengan kos RM1.1 bilion yang melalui Lebuh raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan cadangan Lebuh raya Persisiran Pantai Barat, bermula di persimpangan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dan berakhir di jalan lingkaran Pulau Indah. Fasa pertama projek ini iaitu bagi Seksyen 1A disiapkan pada tahun 2000 manakala Seksyen 1B beroperasi secara rasminya pada 29 Jun 2010. Fasa terakhir iaitu Seksyen 3 lebuh raya itu dijangka siap pada Julai tahun depan.

3 comments:

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...