Tuesday, May 29, 2012

Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) Seksyen 2, Telah Dibuka






Lebuh raya Lembah Klang Selatan (SKVE) Seksyen 2, telah dibuka dengan rasmi pada hari ini oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dan dengan itu pengguna lebuh raya ini akan menikmati tol percuma selama sebulan sehingga 29 Jun ini.
Laluan 12.9 km ini dengan kos pembinaan sebanyak RM230 juta menghubungkan persimpangan SKVE Saujana Putra dan persimpangan Teluk Panglima Garang itu secara tidak langsung mampu menjadi pemangkin pembangunan di sepanjang koridor lebuh raya iaitu Bandar Saujana Putra, Kebun Baru, Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Jenjarom dan Banting.
Lebuh raya empat lorong-dua hala dengan kelebaran 3.65 meter bagi setiap lorong itu dibina dengan penekanan aspek kualiti dan ciri keselamatan seperti dilengkapi sistem pemantauan trafik dan pasukan ronda 24 jam sehari. Kadar tol yang tetapkan 14.96sen satu kilometer.
Lebuhraya SKVE sepanjang 52km ini mempunyai tiga seksyen iaitu 1A dan 1B, Sekyen 2 dan Sekyen 3 dengan kos RM1.1 bilion yang melalui Lebuh raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan cadangan Lebuh raya Persisiran Pantai Barat, bermula di persimpangan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dan berakhir di jalan lingkaran Pulau Indah. Fasa pertama projek ini iaitu bagi Seksyen 1A disiapkan pada tahun 2000 manakala Seksyen 1B beroperasi secara rasminya pada 29 Jun 2010. Fasa terakhir iaitu Seksyen 3 lebuh raya itu dijangka siap pada Julai tahun depan.

Monday, May 28, 2012

Plat Nombor WWW 1 Milik Sultan Johor


Pemilik nombor pendaftaran kenderaan yang paling mahal dalam sejarah Malaysia adalah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar  apabila telah memenangi bidaan dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000 bagi  merebut nombor plat kenderaan yang paling diminati  "WWW 1".
Sultan Johor, mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat "WWW 5", dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat "WWW 15".
Senarai Pemenang:









Nilai ini melepasi rekod yang dicatatkan "MCA 1" yang telah dijual pada harga RM300,100 pada tahun 2010.
Bidaan terhadap nombor pendaftaran WWW yang merupakan singkatan bagi “World Wide Web”, yang dikehendaki ramai ini bermula pada 30 April dan berakhir pada 14 Mei lalu telah mendapat sambutan di luar jangkaan apabila sebanyak 18,242 permohonan diterima sepanjang tempoh tersebut.


Saturday, May 19, 2012

Kelantan Juara Piala FA 2012









Kelantan muncul sebagai juara Piala FA setelah menewaskan Sime Darby 1-0 pada perlawanan Akhir dihadapan 85,000 penonton yang kebanyakannya penyokong Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi. 


Ini adalah kejuaraan sulong skuad The Red Warriors setelah dua final sebelum ini sekadar naib juara apabila tumpas 1-4 menerusi sepakan penalti kepada Selangor pada 2009 selepas terikat 1-1 serta kalah 1-2 kepada Terengganu pada tahun lalu. Gol kemenangan Kelantan dijaringkan oleh Muhamad Ghaddar menerusi penalti pada minit ke 57.


Walaupun kalah Skuad Sime Darby pula mencipta kejutan dengan menjadi kelab pertama yang melayakkan diri ke Final Piala FA dengan menumbangkan pasukan pilihan, yang juga juara bertahan Terengganu pada saingan separuh akhir.


Sebagai Juara, Kelantan membawa pulang trofi Piala FA baru yang bernilai Rm 80,000.

Saturday, May 12, 2012

Liverpool FC Melancarkan Jersi Baru Bagi Musim 2012/13


Liverpool FC, Kelab bola sepak terkenal Liga Perdana Inggeris melancarkan jersi baru mereka oleh Warrior Sports bagi musim 2012/13.





Menurut kenyataan rasmi kelab, ia juga menandakan permulaan kepada perjanjian enam tahun bernilai 25 juta pounds (RM125 juta) setahun untuk LFC, sekali gus rekod terbesar dalam Liga Perdana Inggeris.

Warrior Sports, adalah firma Amerika Syarikat (AS) yang mengambil alih dari adidas sebagai pembekal pakaian rasmi kelab berkuat kuasa 1 Jun ini.

Warrior adalah jenama yang dikenali di AS sebagai pengilang alat dan pakaian sukan bagi hoki ais dan dengan LFC, merupakan kontrak bola sepak terbesar pertama baginya.


Liverpool menjual kira-kira sejuta jersi di seluruh dunia setiap tahun dan kontrak bersama Warrior Sports adalah lebih dua ganda berbanding 12 juta pounds setahun yang dimeterai bersama adidas.

Thursday, May 10, 2012

Loji Petronas Kerteh, Kemaman Meletup, Seorang Maut


KEMAMAN: Seorang pekerja syarikat kontraktor terbunuh manakala sembilan yang lain cedera dalam letupan di sebuah loji pengeluaran gas di GPP3 dekat Kerteh, Kemaman, Terengganu petang tadi.
Pekerja itu, Rosli Mansor, 31, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mereka yang cedera dikejarkan ke Hospital Kemaman dan Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang ini ketika kesemua mangsa sedang melakukan kerja penyelenggaraan di loji tersebut. Kesemua mangsa merupakan kakitangan kontraktor, Hyundai PFCE.
Bagaimanapun, menurut sumber itu, kebakaran berjaya dikawal dan api dapat dipadamkan kira-kira pukul 3.20 petang.

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...