Saturday, April 21, 2012

Azizulhasni Awang Terpilih Ke Olimpik










Setelah berteka-teki, akhirnya spekulasi siapakah pelumba yang akan menggalas cabaran negara ke Sukan Olimpik London 2012 bagi acara trek terjawab apabila Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengumumkan bahawa Azizulhasni Awang bakal beraksi dalam kedua-dua acara, pecut dan keirin.


Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Timbalan Persiden PKBM, Datuk Naim Mohamad dan beliau berkata, selepas tamatnya Kejohanan Trek Berbasikal Dunia di Melbourne bulan lalu, Josiah Ng perlu menerima hakikat bahawa dia bukan lagi pelumba terbaik negara. 


Dengan itu Josiah dipilih sebagai pelumba simpanan dan rakan sepelatih kepada Azizul. Beliau juga akan dibawa bersama ke London nanti.


Untuk rekod, Azizul merupakan pemenang pingat perak acara pecut Kejohanan Dunia 2009 dan pernah memegang status sebagai pelumba keirin No.1 dunia pada 2010 sebelum terpaksa berehat panjang akibat cedera di betis ekoran tertusuk serpihan trek pada Kejohanan Piala Dunia Klasik, Manchester tahun lalu.


Sementara, prestasi Josiah Ng pula dilihat semakin meningkat setelah menang pingat emas acara keirin pada Sukan Komanvel 2010 dan Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012, Februari lepas.


Selain Azizulhasni Awang, Atlet lain yang telah berjaya menempah tempat untuk beraksi di Sukan Olimpik 2012 setakat ini ialah:


Sukan Terjun
Pandelela Rinong
Byan Nickson Lomas
Yeoh Kee Nee
Huang Qiang
Leong Mun Yee
Cheong Jun Hong
Wendy Ng Yan Yee
Traisy Vivien Tukiet


Lawan Pedang
Yu Peng Kian


Memanah
Cheng Chu Sian
Mohd Haziq Kamaruddin
Khairul Anuar Muhamad
Nor Shafiqah Hashim


Menembak
Nur Suryani Mohd Taibi


Basikal 
Fatehah Mustapa
Azizulhasni Awang


Badminton
Lee Chong Wei


Sukan Olimpik London akan berlangsung dari 27 Julai hingga 12 Ogos 2012.

3 comments:

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...