Monday, November 28, 2011

Kembara Cuti-Cuti 1Malaysia Putrajaya

Selama 3 hari bermula hari ini, 28 hingga 30 November Putrajaya akan menjadi tuan rumah kepada 50 wakil media yang terdiri daripada media tempatan dan penulis majalah pelancongan dari Jepun, Thailand, Singapura dan Indonesia seta pembaca terpilih majalah Gaya Travel yang menyertai Kembara Cuti-Cuti 1Malaysia Putrajaya (KCC1MP).

Program KCC1MP yang julung-julung kalinya diadakan ini membolehkan wakil-wakil media dari dalam dan luar negara mengenali produk pelancongan dan mengalami sendiri aktiviti-aktiviti seperti berbasikal,wall climbing, berkayak, Explorasi Treasure Hunt, memancing dan sebagainya yang terdapat di Putrajaya.

Peserta program akan dibawa melawat produk-produk pelancongan yang dapat ditawarkan oleh Putrajaya diantaranya Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Taman Warisan Pertanian, Kompleks Seri Perdana, Taman Ekuestrian, Monumen Alaf Baru, Hotel Shangri-la dan Hotel Pullman Putrajaya Lakeside.



Sunday, November 27, 2011

Salam Ma'al Hijrah 1433

Assalamualaikum Semua...Selamat menyambut tahun baru Ma'al Hijrah 1433, 1 Muharram  kepada seluruh umat Islam dimana berada jua berada semoga kita semua dirahmati selalu dan apa yang kita akan lakukan pada tahun ini semoganya lebih baik daripada tahun sebelumnya dan berusaha menjadi hambanya yang lebih baik dengan mentaati perintahnya dan menjauhi larangannya. InsyaAllah....

SALAM MA'AL HIJRAH




DOA AWAL TAHUN:

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Allah melimpahkan rahmat  dan keselamatan  ke atas penghulu kami Muhammad SAW,ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraa ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah Yang Kekal Abadi,Yang Qadim,Yang Awal dan ke atas kelebihanMu dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon  pemeliharaan dariMu disepanjang tahun ini dari syaitan dan pebantu-pembantunya dan tentera-tenteranya.
Dan kami memohon pertolongan dan perlindungan daripada nafsu kami yang banyak mendorong kepada kejahatan. Dan kami  memohon kepadaMu untuk melakukan sebarang usaha yang boleh mendekatkan diri kami kepadaMu,Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan ke atas penghulu kami Muhammad SAW,ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka. Semoga Allah menerima doa kita semua."

Saturday, November 26, 2011

Kumpulan Hiro Tersingkir Pada Minggu KE-5 MLM



Minggu ke-5 program Maharaja Lawak Mega (MLM) yang disiarkan melalui Saluran Astro Warna malam tadi menyaksikan Kumpulan Hiro yang dianggotai oleh pelawak Hamdan, Iliya dan Ropie tersingkar apabila mereka mendapat undian paling rendah dengan hanya sebanyak 37% sahaja.

Minggu yang bertemakan "Purba Kala" pada kali ini diungguli oleh Kumpulan Boboi (64%), 3G (56%), Pimai (56%), Osbon (52%), Syok (45%), Bawel (45%), Bawel Power (42%), Saehu (42%), dan peserta solo, Adlin (42%).

Dalam pada itu, Chef Wan yang merupakan juri tetap MLM tidak berpuas hati dengan berkata bahawa persembahan semua peserta pada minggu ini sedikit menurun berbanding minggu sebelumnya.

Thursday, November 24, 2011

Kebahagiaan


Di antara perkara yang dapat membahagiakan adalah kemampuan yang mengatasi rintangan dan mengalahkan kesukaran yang dihadapi.


Nikmat kemenangan tidak dapat dibandingkan dengan kenikmatan apa-apa pun dan kegembiraan yang disebabkan oleh kejayaan tidak dapat disamakan dengan kegembiraan mana-mana pun.


Jika ingin merasakan kebahagian bersama orang lain, maka lakukanlah dengan cara yang sama anda sukai ketika mereka memperlakukan untuk anda. Jangan merendahkan dan meremehkan martabat mereka. Itu kebahagiaan yang dicari....

Tuesday, November 22, 2011

Malaysia Pertahankan Pingat Emas Dengan Kalahkan Indonesia

Skuad Harimau Muda mempamerkan aksi yang membanggakan apabila dapat menewaskan skuad Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir bolasepak Sukan Sea yang berlangsung di hadapan kira-kira 80,000 penonton tuan rumah di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta sebentar tadi.

Kemenangan tersebut dihasilkan melalui kerja keras skuad negara selepas melalui perlawanan yang sukar dalam aksi yang berlanjutan ke- minit 120 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan terbenar.

Indonesia terlebih dahulu dihadapan melalui tandukan Gunawan pada minit ke-5 sebelum Asarudin Putra Omar menyamakan kedudukan juga hasil tandukan pada minit ke-35 menjadikan kedudukan 1-1.

Dengan kemenangan ini Malaysia dapat mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu pada Sukan Sea di Laos selepas menewaskan Vietnam di final.

Sunday, November 20, 2011

Jom Terjah Follower Ke- 567

Assalamualaikum....dan Selamat Sejahtera Semua....

Sebenarnya ini pertama kali Boiler membuat segmen JOM TERJAH FOLLOWER BERTUAH sebagai tanda penghargaan Boiler buat mereka yang sudi menjadi Follower blog Myboiler. Sebenarnya tak sangka ramai juga yang berminat menjadi follower blog Myboiler yang tak seberapa ini. Terima kasih semua....



Untuk pertama kali ini Blog yang bertuah adalah blog: Mahligai-An-Nur yang dimiliki oleh pemiliknya Cik SHAZANA HALIM yang memiliki nombor follower bertuah 567.

Jom kita Terjah ke blog CIK SHAZANA HALIM


Ribuan terima kasih Boiler ucapkan kepada Cik Shazana, follower dan semua pengunjung yang sudi menjadi follower, membaca dan mengunjungi blog ini. Dimasa akan datang Boiler akan cuba memilih blog bertuah yang lain pula.

Saturday, November 19, 2011

Lee Chong Wei Kalah Lagi Kepada Lin Dan

Datuk Lee Chong Wei tewas lagi kepada musuh ketatnya Lin Dan apabila kalah kepada jaguh China itu pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 16-21 dan 14-21 pada peringkat separuh akhir dalam masa 46 minit dan seterusnya gagal ke pusingan akhir petang tadi.

Dalam perlawanan tersebut Chong Wei yang merupakan pemain nombor satu dunia jelas gagal menandingi ketangkasan dan kehebatan pemain nombor tiga dunia tersebut. Kali terakhir Lee Chong Wei dapat mengalahkan Lin Dan dalam perlawanan akhir adalah di Kejohanan Terbuka Seluruh England 2011 pada bulan Mac lalu dengan kemenangan straight set 21-17 dan 21-17 dan seterusnya dapat mempertahankan kejuaraan.

Thursday, November 17, 2011

Malaysia Kalahkan Indonesia 1-0







Malaysia berjaya menewaskan pasukan Indonesia 1-0 dalam aksi temasya Sukan SEA yang ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta sebentar tadi dan sekaligus muncul sebagai juara Kumpulan A.
Gol Malaysia dijaringkan melalui gerakan solo yang menarik oleh Syahrul Azwari pada minit yang ke-17 selepas mendapat hantaran daripada Mahali Jasuli. Perlawanan seterusnya Harimau Muda adalah menentang Myanmar pada peringkat separuh akhir sementara Indonesia akan menentang juara Kumpulan B, Vietnam. 

Saturday, November 12, 2011

Nur Suryani Meraih Emas Pertama Negara Di Sukan Sea, Palembang













Nur Suryani Mohamed Taibi, Penembak negara meraih pingat emas pertama Malaysia di Sukan SEA ke-26 melalui acara 50m Three Positions wanita yang berlangsung di Lapang Sasar Menembak Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang, Indonesia, sebentar tadi.

Rakan Nur Suryani, Nur Ayuni Farhana Abd. Halim pula menyumbangkan ganga bagi negara juga melalui acara 50m Three Positions. Selain itu Malaysia juga berjaya mendapat 4 lagi pingat gangsa masing-masing 1 pingat melalui acara polo air wanita, 3 pingat menerusi acara Karate, 2 menerusi Kata Individu Lelaki dan Wanita yang disumbangkan Ricky Leong Tze Wai dan Thor Chee Yee dan 1 menerusi Kumite 68kg Ke atas yang disumbangkan oleh Jamalliah Jamaludin.

Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya AidilAdha


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....
Sempena Hari Raya AidilAdha pada hari ini, Boiler ingin mengucapkan Selamat menyambut "Hari Raya AidilAdha" kepada semua rakan blogger, pengunjung blog Myboiler dan seluruh umat islam di mana jua berada dan kepada yang bukan beragama islam "Selamat Bercuti".

Kepada yang akan atau telah balik ke kampung atau bercuti ke destinasi masing-masing, berhati-hati dijalan-raya.

Saturday, November 5, 2011

Magika Dan Sanggul Beracun, Filem dan Drama Terbaik Anugerah Skin 2011

Berakhir sudah Anugerah Skrin 2011, TV3 malam tadi dengan Filem terbaik dimenangi oleh Magika arahan Edry Adul Halim, sementara drama Sanggul Beracun arahan Sabri Yunus bagi kategori Drama Terbaik.

Filem Magika yang mengungguli Festival Filem Malaysia ke-12 sebagai Filem Terbaik selain 6 kategori lain dibintangi oleh Diana Danielle, Mawi, Ziana Zain, M.Nasir, Ning Baizura, Maya Karin, Saiful Apek, Aznil Nawawi, Raja Azura dan pelakon kanak-kanak Fimie Don.

Magika mengisahkan bagaimana dua beradik yang tersesat di alam bunian selepas keluar rumah pada waktu Maghrib. Ayu (Diana Danielle) berhadapan dengan ujian sukar untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik (Fimie Don) yang diculik nenek kebayan lakonan Ziana Zain. Bagaimanapun Ayu bernasib baik kerana dia bertemu dengan Badang (Mawi)yang membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.

Sementara Drama, Sanggul Beracun digarap berdasarkan mitos Siti Aminah yang popular di kalangan orang Johor. Cerita ini berdasarkan penderitaan Siti Aminah yang ditinggalkan oleh ibunya yang malu untuk mengaku mempunyai anak. Siti Aminah dibesarkan oleh bapa yang akhirnya meninggal dunia. Sejak itulah dia hidup sendirian dan menempuh semua cabaran. Apabila menjadi cantik, dia tidak takbur cuma dia tidak sabar untuk menamatkan syarat yang ditetapkan.

Drama Sanggul Beracun dibintangi oleh Erra Fazira, Namron, Along Ezzendy, Haryanto, Norseha, Bohari Ibrahim, Kaza dan Sabri Yunus.

SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2011

Kategori Filem

Filem Terbaik: Magika

Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Remy Ishak (Cun)

Pelakon Wanita Terbaik Filem: Siti Shahrizah Eja (Janin)

Pengarah Terbaik Filem: Osman Ali (Cun)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Nadiya Nissa (Cun)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Sidek Hussin (Karak)

Lakon Layar Terbaik Filem: Erhan Baharudin (Aku Tak Bodoh)

Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri

Drama Terbaik: Sanggul Beracun

Pelakon Lelaki Terbaik: Eman Manan (Janji Syurga)

Pelakon Wanita Terbaik: Umie Aida ( Airmata Nur Salina)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Allahyarham Faizal Yusof (Jangan Hantar Aku ke Neraka)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Elfira Loy (Kum Kum)

Pengarah Terbaik: Sabri Yunus (Sanggul Beracun)

Lakon TV Terbaik : Sabri Yunus ( Sanggul Beracun)

Videografi Terbaik: Sanggul Beracun

Drama Rantaian Terbaik: Juvana

Drama Komedi Terbaik: Geng Surau

Kategori Penerbitan Dalaman

Dokumentari atau Majalah Terbaik: Suatu Ketika

Bual Bicara Terbaik: Selami Jiwa: Datuk Fazillah Kamsah

Rancangan Muzikal Terbaik: Shout Awards 2010: Top 12 Show

Rancangan Hiburan Terbaik: Showdown 2011: Meltdown

Rancangan Realiti Terbaik: Showdown 2011

Laporan Khas/ Berita Terbaik: Buleten Utama - Pengemis Terhormat.

Anugerah Yasmin Ahmad: Syamsul Yusof.

Artis Harapan Pantene: Fazli Daniel Ali (Yang Terpuji)

Friday, November 4, 2011

Kenangan Kembali Natrah Maarof @ Maria Bertha Hertogh


Kedatangan dua gadis Belanda cucu kepada Natrah ke Chukai, Kemaman membawa ingatan atau kenangan lampau kontroversi berdarah yang berlaku di Singapura. Walaupun kita sendiri mungkin belum lahir lagi pada masa itu tetapi peristiwa tersebut mungkin ada atau pernah kita dengar atau baca.

Natrah Maarof @ Maria Bertha Hertogh, wanita berketurunan Belanda menjadi anak angkat kepada Che Aminah Mohamad dari Kemaman, Terengganu, pernah menjadi kontroversi apabila mahkamah memutuskan gadis itu dipulangkan kepada bapanya semula, sehingga mencetuskan rusuhan di Singapura pada 1950 yang menyebabkan 18 orang maut dan ramai yang cedera. Natrah telah meninggal dunia pada 9 Julai 2009 pada umur 72 tahun.

Sasha Van Gastel 18, cucu sulung Natrah dan sepupunya, Romy Elizabeth Marian Smol 17, dibawa dari Belanda ke Kampung Mak Chili Paya, Chukai, Kemaman untuk bertemu Rokayah Yusof, 65, anak saudara angkat Che Aminah Mohamad. Rokayah, anak kedua daripada lapan beradik, adalah anak kepada Kamariah yang menjadi adik-beradik angkat dengan Natrah ketika wanita Belanda itu dibesarkan Che Aminah pada zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Natrah anak pasangan Sarjan Andrianus Petrus Hertogh dan Adeline Hunter berketurunan Belanda,  diserahkan ibunya kepada Che Aminah Mohamad yang ketika itu berada di Indonesia, selepas pasangan suami isteri itu menjadi tawanan tentera Jepun pada 1942 di Indonesia.

Sejak itu, Natrah yang ketika itu berusia lima tahun, dibesarkan oleh Che Aminah dan menukar nama Bertha kepada Natrah dan ibu angkatnya itu memeliharanya seperti anak sendiri dan diberi didikan mengikut adab Melayu dan Islam di Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu.

Namun, selepas perang 1945, Sarjan Hertogh dibebaskan dan dia berusaha mencari Natrah. Selepas ditemui, Che Aminah diperdaya membawa Natrah ke Singapura untuk bertemu bapanya, tanpa menyedari muslihat Sarjan Hertogh untuk mengambil kembali anaknya.

Tindakan Hertogh mendorong Che Aminah memfailkan rayuan di mahkamah dan berjaya mendapat Natrah semula. Beliau kemudian dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi pada usia 13 tahun. Cikgu Mansor Adabi ketika itu berusia 22 tahun.

Bagaimanapun, pada 12 Disember 1950, Mahkamah Tinggi Singapura mengarahkan Natrah dikembalikan semula kepada bapanya dan pulang ke Belanda, sekali gus mencetuskan rusuhan di Singapura menyebabkan 18 maut dan ratusan lagi cedera kerana kecewa Natrah akan murtadkan.

Tuesday, November 1, 2011

Rumah Sempit Yang Unik Di Japan

Jepun kuasa ekonomi ke-3 dunia selepas Amerika Syarikat dan China merupakan sebuah negara kepulauan yang terdiri daripada 6,852 pulau semuanya. Pulau-pulau utamanya adalah Hokkaido, Shikoku, Kyushu dan Honshu.

Dengan jumlah penduduk seramai 128 juta orang, Jepun merupakan negara yang ke-10 penduduk paling ramai di dunia dan ditambah dengan kira-kira 70-80 peratus wilayahnya terdiri daripada kawasan pengunungan maka faktor perumahan merupakan masalah yang serius bagi mereka. Kawasan perumahan mereka adalah terhad disamping bersaing pula dengan kawasan perindustrian dan juga kawasan pertanian.

Oleh itu mereka cuba mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut maka tercetuslah idea yang sangat kreatif ini, rumah unik yang sempit, yang hanya menggunakan ruang tanah yang terhad tetapi selesa dan sesuai bagi keluarga jepun yang kecil.








Rumah Sempit 2 tingkat yang hanya menggunakan ruang tanah yang kecil dan terhad.

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...