Monday, July 4, 2011

Malaysia Bertemu Singapore Pada Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014

Sudah lama Malaysia gagal layak kepusingan kedua kelayakan Piala Dunia, sudah hampir 34 tahun, lama tu. Dan sebentar tadi Pemain negara bimbingan ketua jurulatih, Datuk K Rajogobal membuktikan semangat Malaysia Boleh apabila membenam saingan sukar Taiwan di Stadium Perbandaran Taipeh, Taiwan.

Walaupun Malaysia tewas 2-3 kepada Taiwan dalam perlawanan tersebut tetapi agregat 4-4 memberi kelebihan kepada Skuad kita untuk layak kepusingan seterusnya apabila peraturan jaringan gol di tempat lawan diambil kira. Pada perlawan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu lalu, Malaysia menang dengan jaringan 2-1.

Malaysia memperolehi jaringan menerusi jaringan cantik daripada Aidil Zafuan Abdul Razak dan Kapten pasukan Safiq Rahim yang kedua-dua gol melalui sepakan percuma yang cantik dari luar kawasan penalti.

Lawan Malaysia dipusingan kedua nanti adalah Singapura yang akan berlansung pada 23 Julai di Singapura dan perlawanan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai.

4 comments:

  1. Like Like..! Perasan tak malam tadi.! Pengadil tu asik nak bg penalti Jerk.!! Yang penalti ke dua tu..memang terang2 lah..Yang G0al keeper kita tuh..! ishk2..ape lah ehk..!

    ReplyDelete
  2. yalah pengadil macam berat sebelah aje, goal keeper tak sentuh pun pemain taiwan tapi diberi penalti...

    ReplyDelete
  3. Malaysia boleh..mesti menang kedua-dua perlawanan..

    ReplyDelete
  4. Pasti yakin boleh menang...

    ReplyDelete

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...