Friday, January 31, 2014

Salah Lelaki Kah?

Patutkah hanya lelaki yang dipersalahkan jika berlaku situasi sebegini?

Situasi sebegini seringkali dihadapi oleh lelaki-lelaki di zaman moden ini. Seorang lelaki duduk dalam bas sebelah seorang perempuan yang walaupun bertudung tapi berpakaian ketat. Oleh sebab baju dia ketat, maka kelihatanlah dua bukit yang menonjol dari baju perempuan itu. Adakah ini dianggap menutup aurat?


Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu, "kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ini dah besar, macam mana pilak kau tengak reak kan?" Puas lelaki tu melawan godaan syaitan tapi nafsu datang membantu syaitan dan akhirnya lelaki tu tumpas.


Lelaki itu buka matanya dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengoklah ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.


"Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!" Perempuan itu menyumpah-nyumpah lalaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu. Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?


Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah?


Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang termaktub dalam Al-quran surah An-Nur ayat 30 Katakanlah ( wahai Muhammad kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan Nya tentang apa yang mereka kerjakan.


Tetapi tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja, perempuan juga mempunyai tanggunjawab mereka seperti yang tertulis dalam suruh An-Nur ayat 31.  Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tudak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekian kepada Allah, walai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.


Oleh itu jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya juga disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah...wallahualam.






Friday, January 24, 2014

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 diagihkan pada Februari

Kerajaan akan mula agihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 kepada 7.9 juta rakyat Malaysia yang layak pada pertengahan Februari ini. Permohonan BR1M 3.0 dibuka sejak 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014 ini. Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN diwww.hasil.gov.my.

Ketika mengumumkan Bajet 2014 pada Oktober tahun lepas, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan memperuntuk sejumlah RM4.6 bilion bagi melaksanakan BR1M 3.0 dan dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.

Pada tahun ini, pemberian bantuan itu akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Buat pertama kalinya juga, BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.


Selain itu caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650.

Tuesday, January 14, 2014

Ketua Kampung Hilang Burung

Suatu cerita...
Hobi ketua kampung adalah memelihara burung. Pada suatu hari kesemua burung peliharaannya hilang. Oleh kerana ketua kampung tersangat marah, beliau mengumpulkan penduduk kampung. Hampir 200 orang penduduk datang ke Balai Raya.

Ketua kampung bertanya : Siapa ada burung berdiri?
Semua penduduk lelaki yang hadir terus berdiri.

Ketua kampung sedar yang cara beliau bertanya salah.
Ketua kampung: Bukan burung itu yang saya maksudkan...Siapa pernah nampak burung?
Semua wanita berdiri.

Ketua kampung bertambah marah.
Ketua kampung: Maksud saya, siapa pernah nampak burung yang bukan miliknya?
Setengah wanita berdiri...

Ketua kampung semakin gugup...
Ketua kampung: Maaf sekali lagi...Maksud saya adalah siapa pernah tengok burung saya?
5 orang wanita berdiri...

Ketua kampung segera lari lintang pukang kerana dikejap oleh isterinya....

*Nama ketua kampung dirahsiakan*

Friday, January 3, 2014

Ole Gunnar Solskjaer dilantik pengurus Cardiff City



Ole Gunnar Solskjaer, 40, bekas penyerang Manchester United dan bekas pemain antarabangsa Norway telah dilantik sebagai pengurus baharu Cardiff City menggantikan Malky Mackay yang dipecat.

Sebelum ini pemilik kelab, Tan Sri Vincent Tan, seorang ahli perniagaan Malaysia telah memecat bekas pengurus Malky Mackay selepas Cardiff City tewas 0-3 kepada Southampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Cardiff City kini mengumpul 10 mata daripada 20 perlawanan dengan 10 kali kalah, 6 kali seri dan hanya 4 kali mencatat kemenangan berada ditangga ke-17 liga dan menghampiri zon penyingkiran.

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...