Seramai 14 orang pelawak popular tanah air bakal bersaing dalam program
realiti popular Super Spontan untuk
musim ketiga yang bermula pada 22 Ogos, pukul 10 malam di Saluran 132 Astro
Warna.
Program ini masih mengekalkan format yang sama seperti musim
sebelum ini iaitu mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan.
Dua kumpulan tersebut ialah Mawas Berduri
yang diuruskan oleh Rashid Salleh dan disertai oleh Johan, Syuk, Jihan, Rahim,
Fad, Didie Alias dan Yus.
Manakala kumpulan Biawak Laser akan diuruskan oleh Reza dan dibarisi oleh Shuib, Taukeh, Shahrol, Micheal Ang, Achey, Sharifah Sakinah dan Abam.
Program ini akan menampilkan Adlin Aman Ramli dan Afdlin Shauki sebagai pengacara, manakala Amir Raja Lawak akan muncul bagi menghangatkan suasana.
Berdasarkan persembahan mingguan, nasib peserta akan ditentukan oleh undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.Kumpulan yang mendapat markah terendah perlu menyingkirkan salah seorang peserta kumpulan mereka.Juara Super Spontan akan membawa pulang wang tunai RM100,000.
Untuk rekod, Juara Super Sponton musim lepas dimenangi oleh Jep Sepahtu.