Monday, February 25, 2013

Manifesto Pakatan Rakyat (PR) PRU13



Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengumumkan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang memberi tumpuan ke atas empat teras utama, yang dilihat merangkumi semua segmen masyarakat.

Empat teras utama tersebut adalah Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.

Manifesto ini diumumkan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli; Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran semasa Konvensyen Pakatan Rakyat Keempat di Shah Alam.

Rakyat Bersaudara

Dalam teras Rakyat Bersaudara, PR memfokuskan kepada beberapa bahagian, antaranya setiap isteri layak menerima Caruman Wanita Malaysia sebagai jaringan keselamatan sosial menjamin kebajikan mereka.

Di bawah caruman ini, suami wajib di sisi undang-undang mencarum mengikut kadar pendapatan antara RM10 hingga RM100 sebulan dengan syarat caruman ini boleh dikeluarkan isteri dalam keadaan tertentu seperti penceraian, musibah, kemalangan dan genap umur 50 tahun.

Kerajaan juga menyumbang RM50 sebulan kepada setiap isteri dan caruman ini akan diuruskan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial.

Selain itu, PR akan meluaskan Skim Bonus Warga Emas yang telah dilaksanakan di Pulau Pinang ke seluruh negara, dengan memberi bonus RM1,000 setiap tahun kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Dalam teras ini juga, PR akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (Gabungan Sekolah Menengah Cina) atau UEC bagi tujuan kemasukan institusi pendidikan tinggi dan kelayakan bagi tujuan permohonan kerja.

Ekonomi Rakyat

Dalam teras Ekonomi Rakyat, PR mengulangi janji-janji yang telah diumumkan sebelum ini, antaranya setiap keluarga di negara ini akan membawa pulang pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan selepas penggal pertama pemerintahan PR di Putrajaya.

PR turut mengulangi janji gaji minimum dengan setiap pekerja akan dibayar sekurang-kurangnya RM1,100 sebulan.

Selain itu, PR mengumumkan cukai rakyat diselaraskan demi kesaksamaan antara pendapatan tinggi dan sederhana.

Jalur pendapatan akan dilebarkan agar kadar cukai 26 peratus hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,000 ke atas berbanding RM250,000 sekarang.

Kesejahteraan Rakyat

Teras ketiga, PR bertekad menurunkan harga minyak sejurus selepas PR berjaya menawan Putrajaya. Selain itu, caj elektrik diturunkan dengan PR menyalurkan subsidi berjumlah RM25 bilion terus kepada rakyat.
Penghapusan tol secara berperingkat juga dimasukkan dalam manifesto ini, seperti yang dijanjikan dalam Buku Jingga, dengan pembiayaan operasi lebuhraya ditampung dana RM5 bilion.

Selain itu, PR juga akan menghapuskan cukai eksais kereta berjumlah 70 peratus sekarang dalam tempoh lima tahun.

Apa yang menarik dalam manifesto ini, PR berjanji akan menghapuskan Sistem Perlaksanaan Automatik (AES) dan membatalkan saman yang telah dikeluarkan.
Kerajaan Rakyat

Dalam teras terakhir, antara intipati menarik adalah PR akan menghapuskan semua undang-undang yang menyekat kebebasan media terutamanya Akta Percetakan dan Penerbitan dan prosedur perlesenan media.
 
Berikut empat teras utama manifesto Pakatan Rakyat :-

1) Rakyat Bersaudara
- Menghapus diskriminasi
- Mengiktiraf sumbangan wanita dan warga emas
- Merangkum semua aliran pendidikan
- Mengembalikan hak Sabah Sarawak seperti Perjanjian 1963
- Hak tanah dan kebajikan Orang Asli dipelihara
- Kehormatan amalan agama

2) Ekonomi Rakyat
- 1 juta peluang pekerjaan untuk rakyat
- Perkongsian produktiviti yang adil melalui gaji minimum
- 1 juta tenaga kemahiran terlatih dari kalangan lepasan sekolah
- Reformasi pendidikan merangsang ekonomi
- Membudayakan perkongsian bijak kesatuan sekerja, majikan dan kerajaan
- IKS dan inovasi teras ekonomi negara
- Pelarasan percukaian rakyat demi kesaksamaan
- Ekonomi lestari
- Membela ekonomi dan kebajikan prajurit
- Memberdayakan usahawan teksi
- Pelaburan R&D mencecah 5 peratus dari KDNK
- Pengangkutan awam nadi ekonomi negara
- Memecah monopoli merancakkan persaingan

  3) Kesejahteraan rakyat
- Mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat dengan menurunkan harga dan menghapuskan monopoli
- Merombak dasar automotif untuk mengurangkan bebanan rakyat
- Perumahan selesa dan mampu milik untuk semua
- Pendidikan percuma untuk semua, hapus PTPTN
- Hapus AES, batal saman AES
- Keadilan untuk warga Felda
- Keselamatan rakyat
- Kemudahan kesihatan asas percuma dijamin
- Membina jaringan keselamatan sosial rakyat


4) Kerajaan rakyat
- Reformasi institusi Islam dan keagamaan
- Pakej pengajian dan perkhidmatan baru penjawat awam
- Pilihan raya yang bersih, adil dan telus
- Reformasi institusi kehakiman, Pejabat Peguam Negara, SPRM dan PDRM
- Reformasi Parlimen
- Kebebasan media dan mengembalikan amanah kepada pengamal media
- Memansuhkan Auku dan menjamin kebebasan akademik
- Memansuhkan semua undang-undang antirakyat
- Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN)

Sunday, February 17, 2013

KWSP Umum Dividen Tertinggi Sejak 2000



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui Pengerusinya Tan Sri Samsudin Osman hari ini mengumumkan kadar dividen 6.15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 yang juga merupakan kadar dividen tertinggi sejak tahun 2000.
Kadar tersebut adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding kadar 6 peratus yang dibayar pada tahun 2011. Kadar tertinggi yang pernah dibayar KWSP kepada ahlinya ialah pada tahun 1983 ~ 1987 sebanyak 8.50 peratus.
Ia juga mencatatkan rekod baharu berjumlah RM27.45 bilion yang diagihkan kepada anggota KWSP, meningkat 12.20 peratus daripada RM24.47 bilion yang dibayar pada tahun sebelumnya.
Pada 2012 juga KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar tertinggi sebanyak RM31.02 bilion meningkat 13.91 peratus berbanding 2011.
Ahli boleh mendapatkan Penyata Kira-kira mereka untuk menyemak pengkreditan dividen 2012 di Kios KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai Isnin, 18 Februari 2013.

Tuesday, February 12, 2013

Lapangan Terbang Khas Untuk Pesawat Airbus A380




Lapangan terbang khas untuk pesawat gergasi dua tingkat Airbus A380 telah dibuka sepenuhnya di Dubai International Airport, Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Pesawat Airbus A380 ini boleh membawa 525 orang penumpang menyebabkan beberapa lapangan terbang di dunia terpaksa melakukan pengubahsuaian bagi membolehkan ia mendarat.Sebanyak 20 buah pintu disediakan di lapangan terbang itu.

Projek pembinaan lapangan terbang itu merupakan sebahagian daripada pelan pembesaran lapangan terbang antarabangsa Dubai menjelang tahun 2015 melibatkan kos AS$7.8 bilion (RM24.16 bilion).Syarikat penerbangan Emirates yang berpangkalan Dubai mempunyai 31 buah pesawat A380 yang telah digunakan. Emirates turut menempah 59 buah lagi pesawat Airbus A380 daripada syarikat Airbus.  

Sunday, February 10, 2013

Psy Dijangka Tiba Awal Pagi Esok


Penyanyi K-Pop sensasi, Korea Selatan yang popular dengan lagu Gangnam Style, Psy dijangka tiba di Pulau Pinang awal pagi esok iaitu beberapa jam sebelum dia dijadualkan membuat persembahan pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN).
Psr atau Park Jae-sang dijangka menghiburkan kira-kira 80,000 tetamu pada pukul 11.45 pagi Isnin di padang Sekolah Tinggi Han Chiang, Pulau Pinang dan dikhabarkan bayaran yang akan diterima beliau mencecah RM 2.2 Juta untuk persembahan tersebut.
Psy sebelum ini berada di Salvador, Brazil bagi acara parti jalanan terbesar dunia selama dua hari bermula 8 hingga 10 Februari.
Bagaimanapun sekitar 10 pagi Ahad (waktu Malaysia), Psy menulis mesej di laman twitter mengatakan dia akan meninggalkan Brazil namun tidak menyatakan lokasi yang akan ditujuinya, yang sememangnya Pulau Pinang adalah destinasinya.

Wednesday, February 6, 2013

Malaysia Vs Qatar, Kelayakan Piala Asia 2015

Mampukah Jurulatih Datuk K.Rajagopal dan anak buahnya membuktikan bahawa mereka masih boleh diberi kepercayaan dan harapan oleh para peminat bolasepak tanahair untuk membawa skuad negara, Harimau Malaya suatu kejayaan dan seterusnya mendiamkan pengkritik beliau yang selama ini mempertikaikan kewibawaannya sejak akhir-akhir ini terutamanya apabila tersingkir awal pada peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF tahun lalu.

Segalanya akan terjawab pada malam ini apabila Skuad Negara akan membuka kempen Kelayakan kumpulan D Piala Asia 2015 menentang Qatar yang dianggap sukar dengan ketiadaan penyerang utama seperti Safee Sali dan Norshahrul Idhan yang masih cedera.

Kemenangan atau sekurang-kurangnya seri dalam perlawanan pertama ini sangat penting kepada Skuad Harimau Malaya untuk mencerahkan peluang seterusnya dalam kumpulan yang dianggotai oleh lawan terdiri daripada pasukan-pasukan dari Timur Tengah, Bahrin, Yaman dan Qatar yang diakui mempunyai kelebihan fizikal keatas Skuad negara.

Perlawanan akan bermula jam 11.30 malam waktu Malaysia di Stadium Jassim Bin Hamad, Doha, Qatar dan akan disiarkan secara Live oleh Astro Arena 801.

Wordless Wednesday #3





Maksud Wordless Wednesday: Setiap hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan semuanya.

Monday, February 4, 2013

Gandingan Baru Halim Othman di Ceria Pagi Suria









Pagi tadi semasa sedang memandu, Saya ada terdengar satu suara wanita semacam pernah didengari sebelum ini yang berpasangan dengan Halim Othman di slot Ceria Pagi Suria FM yang memang menjadi pilihan saya setiap pagi semasa memandu ke tempat kerja.

Setelah meneliti dan berteki-teki siapakah gerangan suara yang lunak itu, akhirya terjawablah sudah, ianya milik selebriti Adibah Noor yang juga akan menjadi pasangan tetap Halim Othman untuk menceriakan para pendengar setia Suria FM setiap pagi dari pukul 5 pagi hingga 10 pagi setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Halim Othman sebelum ini pernah bergandingan dengan pelawak Nabil dan Kencana Dewi yang mewujudkan keserasian yang menceriakan Pagi di Suria. Setelah Nabil dan Kencana Dewi keluar dari Suria FM, Wan  Ajaib pula menjadi penganti sementara untuk berpasangan dengan Halim.

Diharapkan gandingan baru ini dapat menambahkan keceriaan para pendengar pagi Suria FM selari dengan slogannya Ceria Pagi Suria.


BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...