Saturday, August 3, 2013

Tema Hari Kemerdekaan ke-56 tahun 2013




"Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku' dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 pada tahun ini. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam satu kenyataan hari ini berkata tema tersebut telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri.


Perbarisan dan Perarakan Hari Kemerdekaan tahun ini akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos ini melibatkan persembahan pasukan keselamatan negara yang terdiri daripada gabungan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).


Sempena pemilihan tema ini, satu pertandingan mencipta logo kemerdekaan telah diadakan dan Noor Hishamudin Omar dipilih sebagai pemenang utama dengan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 dan sijil penghargaan.



Saturday, July 27, 2013

Tengku Mahaleel Presiden BAM yang Baru


Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff, Bekas ketua pegawai eksekutif Proton Holding Berhad dipilih sebulat suara sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baharu.
Menyuarat agung tahunan (AGM) BAM turut menyaksikan semua anggota gabungan badan sukan itu bersetuju mengekalkan Datuk Dr Ir Mohamed Al-Amin Abd Majid sebagai timbalan presiden I dan memilih Datuk Mohamad Norza Zakaria sebagai timbalan presiden II yang baharu, untuk penggal 2013/2017. Sementara itu, jawatan setiausaha kehormat dan bendahari BAM akan diputuskan kemudian oleh presiden.
Tengku Mahaleel bukan muka baharu dalam dunia sukan kerana pernah menjadi juara badminton dalam acara perseorangan dan beregu serta menjadi kapten pasukan kriket Kolej Sultan Ismail Kelantan dan pasukan bola lisut pada tahun 1960-an dan awal tahun 70-an.

Beliau turut menganggotai pasukan badminton Universiti Malaya bersama Tan Aik Huang yang merupakan juara All-England. Selain itu, Tengku Mahaleel merupakan seorang pelumba rali antarabangsa dan pernah muncul juara rali Malaysia pada 1989.

Saturday, June 15, 2013

Hantu Kapcai Filem Terhebat Blokbuster 2012

Filem Hantu Kapcai arahan Ghaz Abu Bakar dinobatkan sebagai Filem Terhebat Anugerah Blokbuster 2012. Dengan kemenangan itu Hantu Kapcai membawa pulang trofi berserta wang tunai keseluruhan berjumlah RM15,000. Anugerah ini telah berlangsung di Stadium Tertutup MBJB (Majlis Bandaraya Johor Baru), Johor pukul 9.00 malam tadi dan disiarkan secara langsung menerusi saluran 104 Astro Ria.
Hantu Kapcai turut memenangi kategori Filem Aksi Terhebat dan Filem Kelakar Terhebat termasuklah Hero Terhebat (Zizan Razak).
Anugerah Blockbuster 2012 merupakan penganjuran buat kali kedua bagi memartabatkan filem-filem serta penggiat seni tempatan.
Sebanyak 16 kategori yang melibatkan 49 pencalonan (bagi setiap kategori) diperkenalkan menggunakan 100 peratus undian daripada orang ramai.
Antara filem-filem yang bertanding termasuklah Chow Kit, Ngorat, Istanbul Aku Datang, Adnan Sempit 2, 29 Februari, Apa Celop Toqq, Mael Lambong, Untuk Tiga Hari, Jiwa Taiko, Kahwin Lima dan Zaiton Ceritaku.
Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Blokbuster 2012:
1. Anugerah Filem Terhebat: Hantu Kapcai
2. Anugerah Tuan Direktor Terhebat : Syamsul Yusof (Jalan Kembali Bohsia 2)
3. Anugerah Direktor Baru Terhebat : Dharma Harun Al-Rashid (Adik Manja Returns)
4. Anugerah Filem Aksi Terhebat : Hantu Kapcai
5. Anugerah Filem Kelakar Terhebat : Hantu Kapcai
6. Anugerah Filem Takut Terhebat : Sumpahan Kum Kum
7. Anugerah Drama Muzikal Terhebat : Aku Ada Kau Ada?
8. Anugerah Hero Terhebat : Zizan Razak (Hantu Kapcai)
9. Anugerah Heroin Terhebat : Yana Samsudin (3 Temujanji)
10.Anugerah Watak Penyangak Terhebat : Sofi Jikan ( Jalan Kembali Bohsia 2)
11.Anugerah Lagu Tema Terhebat : Beginilah Caranya (Aku Ada Kau Ada?)
12. Anugerah Hero Baru Terhebat: Izzue Islam (29 Februari)
13. Anugerah Heroin Baru Terhebat: Neelofa (Azura)
14.Anugerah PFM : David Teo

15.Anugerah Astro First Terhebat : Ombak Rindu

Saturday, June 1, 2013

Floria Putrajaya 2013



Festival Bunga dan Taman Putrajaya, Floria Putrajaya 2013 yang akan diadakan selama sembilan hari mulai 22 Jun hingga 30 Jun ini di Persisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya dijangka menarik lebih satu juta pengunjung dari dalam dan luar negara.

Floria Putrajaya 2013 kali ke-6 ini bertemakan Bunga Orkid Khazanah Tropika akan mempamerkan hiasan seni reka taman mengandungi 400,000 tumbuhan berbunga dan berwarna-warni daripada pelbagai spesies tempatan dan luar Negara yang akan menampilkan 23 peserta dari 18 negara iaitu Afrika Selatan, Australia, Chile, China, Filipina, Hong Kong, Itali, Jepun, Jerman, Kanada, Korea, Myanmar, New Zealand, Singapura, Taiwan, Thailand, United Kingdom dan Vietnam serta tuan rumah Malaysia

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pemilihan tema orkid amat bertepatan kerana ia merupakan tanaman hiasan popular di negara ini kerana faktor kesesuaian iklim yang panas dan lembap.
Menurutnya, ia juga menjadi pilihan dalam kalangan penggemar flora kerana saiz, struktur dan warna bunga yang pelbagai.

Pada festival ini juga, lebih 5,000 pokok bunga orkid daripada pelbagai spesies akan disusun dan dihias dalam bentuk taman dan gubahan.

Wednesday, May 15, 2013

Senarai barisan kabinet Persekutuan 2013

 Berikut ialah senarai barisan kabinet Persekutuan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini:
       
    Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

    Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
    Datuk Seri Jamil Khir Baharom
    Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator)
    Datuk Seri Idris Jala (Senator)
    Tan Sri Joseph Kurup
    Datuk Seri Shahidan Kassim
    Nancy Shukry
    Datuk Joseph Entulu Belaun
    Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator)

    Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
    Timbalan Menteri: P.Waythamoorthy (akan dilantik sebagai senator)

    Kementerian Kewangan
    Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
    Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
    Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

    Kementerian Pelajaran
    Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
    Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh
    Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
    Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan

    Kementerian Dalam Negeri
    Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
    Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
    Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
    Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari

    Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
    Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
    Timbalan Menteri: Hamim Samuri

    Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
    Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
    Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit

    Kementerian Pengangkutan
    Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku)
    Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi

    Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
    Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
    Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang
            
    Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
    Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
    Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman

Kementerian Pertahanan
    Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
    Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri

    Kementerian Kerja Raya
    Menteri: Datuk Fadillah Yusof
    Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

    Kementerian Kesihatan
    Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
    Timbalan Menteri:Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

    Kementerian Belia dan Sukan
    Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
    Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan
    
    Kementerian Sumber Manusia
    Menteri: Datuk Richard Riot
    Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
    Menteri:  Datuk Hasan Malek
    Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator)


    Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
    Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
    Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun
    
    Kementerian Luar Negeri
    Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
    Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin

    Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
    Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
    Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
    Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
    Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
    Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
    Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

    Kementerian Wilayah Persekutuan:
    Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
    Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan

    Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan air
    Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili
    Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

    Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi:
    Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin
    Timbalan Menteri Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Thursday, May 9, 2013

David Moyes Pengurus Baru Manchester United?



Manchester United dijangka akan mengumumkan pengurus Everton, David Moyes sebagai pengurus baru pasukan itu selepas Sir Alex Ferguson membuat keputusan untuk bersara pada penghujung musim ini.
Walaupun tiada sebarang pengumuman dibuat oleh kelab berhubung perkara itu, Moyes difahamkan antara yang teratas dalam senarai calon untuk menggantikan Ferguson.
Moyes berkemungkinan besar tidak akan menolak tawaran tersebut memandangkan kontraknya bersama Everton akan tamat pada musim panas akan datang.
Jika pelantikan itu direalisasikan, David Moyes akan menjadi pengurus United yang ke-20 dan warga Scotland yang ketujuh memimpin kelab tersebut selepas Sir Matt Busby, Tommy Docherty dan Sir Alex Ferguson.
Sejak persaraan Sir Alex Ferguson tersebar, tiga calon yang dilihat berpotensi untuk menggantikan tempat pengurus terkenal itu ialah Moyes, pengurus Real Madrid Jose Mourinho dan pengurus Borussia Dortmund, Jurgen Klopp.
Memandangkan United kesuntukan masa untuk mencari pengganti Alex Ferguson, mustahil bagi kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu untuk mendapatkan khidmat Klop sebelum pertemuan Dortmund bertemu Bayern Munich pada aksi final Liga Juara-Juara Eropah.
Sementara itu, Sir Bobby Charlton yang mempunyai pengaruh kuat di Old Trafford tidak yakin Mourinho mempunyai keupayaan untuk mengemudi kelab tersebut.

Wednesday, May 1, 2013

Real Madrid Gagal Mara ke Aksi Final Liga Juara-Juara

Pasukan pilihan Real Madrid gagal mara ke aksi final Liga Juara-Juara selepas tewas dengan agregat 3-4 kepada Borussia Dortmund walupun menang 2-0 pada separuh akhir pusingan kedua di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid awal pagi tadi. Pada perlawanan aksi pertama, Real Madrid tewas mengejut dengan jaringan 4-0 yang semuanya dijaringkan oleh Robert Lewandoski. Kali terakhir Real meraih trofi Juara-Juara Eropah ini adalah pada tahun 2002.

Dengan kemenangan ini, Borussia Dortmund akan bertemu pemenang satu lagi aksi separuh akhir kedua antara Barcelona dan Bayern Munich yang akan berlangsung pagi esok, dengan kelebihan kepada Bayern yang telah menang aksi pertama 4-0 dilaman sendiri minggu lalu.








BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...