Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff,
Bekas ketua pegawai eksekutif Proton Holding Berhad dipilih sebulat suara
sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baharu.
Menyuarat agung tahunan (AGM) BAM turut
menyaksikan semua anggota gabungan badan sukan itu bersetuju mengekalkan Datuk
Dr Ir Mohamed Al-Amin Abd Majid sebagai timbalan presiden I dan memilih Datuk
Mohamad Norza Zakaria sebagai timbalan presiden II yang baharu, untuk penggal
2013/2017. Sementara itu, jawatan setiausaha kehormat dan bendahari BAM akan
diputuskan kemudian oleh presiden.
Tengku Mahaleel bukan muka baharu
dalam dunia sukan kerana pernah menjadi juara badminton dalam acara
perseorangan dan beregu serta menjadi kapten pasukan kriket Kolej Sultan Ismail
Kelantan dan pasukan bola lisut pada tahun 1960-an dan awal tahun 70-an.
Beliau turut menganggotai pasukan
badminton Universiti Malaya bersama Tan Aik Huang yang merupakan juara
All-England. Selain itu, Tengku Mahaleel merupakan seorang pelumba rali
antarabangsa dan pernah muncul juara rali Malaysia pada 1989.
No comments:
Post a Comment