Festival
Bunga dan Taman Putrajaya, Floria Putrajaya 2013 yang akan diadakan selama
sembilan hari mulai 22 Jun hingga 30 Jun ini di Persisiran Tasik, Presint 2,
Putrajaya dijangka menarik lebih satu juta pengunjung dari dalam dan luar
negara.
Floria
Putrajaya 2013 kali ke-6 ini bertemakan Bunga Orkid Khazanah Tropika akan
mempamerkan hiasan seni reka taman mengandungi 400,000 tumbuhan berbunga dan
berwarna-warni daripada pelbagai spesies tempatan dan luar Negara yang akan menampilkan 23 peserta dari 18 negara iaitu
Afrika Selatan, Australia, Chile, China, Filipina, Hong Kong, Itali, Jepun,
Jerman, Kanada, Korea, Myanmar, New Zealand, Singapura, Taiwan, Thailand,
United Kingdom dan Vietnam serta tuan rumah Malaysia
Menteri
Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pemilihan
tema orkid amat bertepatan kerana ia merupakan tanaman hiasan popular di negara
ini kerana faktor kesesuaian iklim yang panas dan lembap.
Menurutnya,
ia juga menjadi pilihan dalam kalangan penggemar flora kerana saiz, struktur
dan warna bunga yang pelbagai.
Pada
festival ini juga, lebih 5,000 pokok bunga orkid daripada pelbagai spesies akan
disusun dan dihias dalam bentuk taman dan gubahan.
No comments:
Post a Comment