Filem Hantu
Kapcai arahan Ghaz Abu
Bakar dinobatkan sebagai Filem Terhebat Anugerah Blokbuster 2012. Dengan kemenangan
itu Hantu Kapcai membawa pulang
trofi berserta wang tunai keseluruhan berjumlah RM15,000. Anugerah ini telah
berlangsung di Stadium Tertutup MBJB (Majlis Bandaraya Johor Baru), Johor pukul
9.00 malam tadi dan disiarkan secara langsung menerusi saluran 104 Astro Ria.
Hantu
Kapcai turut memenangi kategori Filem Aksi Terhebat dan Filem
Kelakar Terhebat termasuklah Hero Terhebat (Zizan Razak).
Anugerah Blockbuster 2012 merupakan
penganjuran buat kali kedua bagi memartabatkan filem-filem serta penggiat seni
tempatan.
Sebanyak 16 kategori yang melibatkan
49 pencalonan (bagi setiap kategori) diperkenalkan menggunakan 100 peratus
undian daripada orang ramai.
Antara filem-filem yang bertanding
termasuklah Chow Kit, Ngorat, Istanbul Aku Datang, Adnan
Sempit 2, 29 Februari, Apa Celop Toqq, Mael Lambong, Untuk Tiga Hari, Jiwa
Taiko, Kahwin Lima dan Zaiton
Ceritaku.
Berikut
adalah senarai pemenang Anugerah Blokbuster 2012:
1. Anugerah Filem Terhebat: Hantu Kapcai
2. Anugerah Tuan Direktor Terhebat : Syamsul Yusof (Jalan Kembali Bohsia
2)
3. Anugerah Direktor Baru Terhebat : Dharma Harun Al-Rashid (Adik Manja
Returns)
4. Anugerah Filem Aksi Terhebat : Hantu Kapcai
5. Anugerah Filem Kelakar Terhebat : Hantu Kapcai
6. Anugerah Filem Takut Terhebat : Sumpahan Kum Kum
7. Anugerah Drama Muzikal Terhebat : Aku Ada Kau Ada?
8. Anugerah Hero Terhebat : Zizan Razak (Hantu Kapcai)
9. Anugerah Heroin Terhebat : Yana Samsudin (3 Temujanji)
10.Anugerah Watak Penyangak Terhebat : Sofi Jikan ( Jalan Kembali Bohsia 2)
11.Anugerah Lagu Tema Terhebat :
Beginilah Caranya (Aku Ada Kau Ada?)
12. Anugerah Hero Baru Terhebat: Izzue
Islam (29 Februari)
13. Anugerah Heroin Baru Terhebat: Neelofa
(Azura)
14.Anugerah PFM : David
Teo
15.Anugerah Astro First Terhebat :
Ombak Rindu
No comments:
Post a Comment