Manchester United
dijangka akan mengumumkan pengurus Everton, David Moyes sebagai pengurus baru
pasukan itu selepas Sir Alex Ferguson membuat keputusan untuk bersara pada
penghujung musim ini.
Walaupun
tiada sebarang pengumuman dibuat oleh kelab berhubung perkara itu, Moyes
difahamkan antara yang teratas dalam senarai calon untuk menggantikan Ferguson.
Moyes
berkemungkinan besar tidak akan menolak tawaran tersebut memandangkan
kontraknya bersama Everton akan tamat pada musim panas akan datang.
Jika pelantikan itu direalisasikan, David
Moyes akan menjadi pengurus United yang ke-20 dan warga Scotland yang ketujuh
memimpin kelab tersebut selepas Sir Matt Busby, Tommy Docherty dan Sir Alex Ferguson.
Sejak
persaraan Sir Alex Ferguson tersebar, tiga calon yang dilihat berpotensi untuk
menggantikan tempat pengurus terkenal itu ialah Moyes, pengurus Real Madrid Jose
Mourinho dan pengurus Borussia Dortmund, Jurgen Klopp.
Memandangkan
United kesuntukan masa untuk mencari pengganti Alex Ferguson, mustahil bagi
kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu untuk mendapatkan khidmat Klop sebelum
pertemuan Dortmund bertemu Bayern Munich pada aksi final Liga Juara-Juara
Eropah.
Sementara
itu, Sir Bobby Charlton yang mempunyai pengaruh kuat di Old Trafford tidak
yakin Mourinho mempunyai keupayaan untuk mengemudi kelab tersebut.
No comments:
Post a Comment