Thursday, August 25, 2011
Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2
Kepada para penduduk Pantai Timur terutamanya Terengganu dan juga Kelantan yang hendak balik beraya pada hari raya ini bolehlah menggunakan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 yang telah dibuka kepada orang ramai mulai 22 Ogos 2011 jam 10 pagi.
Semasa tempoh pembukaan ini Tol adalah PERCUMA sehingga tempoh yang telah ditetapkan.
Bahagian yang akan dibuka adalah seperti berikut:
1) Persimpangan Bukit Besi - Persimpangan Ajil (42.4 km)
2) Persimpangan Telemung - Persimpangan Kuala Terengganu (Kg. Gemuroh)
(12.6 km)
3) Jalan Penghubung Bukit Payong (Batu 9 Simpang Udang - Persimpangan Telemung) (16.3 km)
Pembukaan LPT Fasa 2 ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang mungkin akan berlaku di Jalan Persekutuan dipersisir pantai diantara Kemaman dan Kuala Terengganu di musim perayaan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
selamat hari raya...
ReplyDelete