Dalam undian tersebut Kelantan diletakkan dalam Kumpulan C yang turut membabitkan Johor FC, Felda United FC dan Sarawak,senario yang memberi gambaran peluang yang cerah untuk muncul juara kumpulan berkenaan.
Sementara itu, Juara Piala FA 2011,Terengganu dilihat menghadapi laluan sukar apabila diletakkan dalam kumpulan B bersama Naib Juara Piala Malaysia 2010, Negeri Sembilan, juara Liga Perdana 2011, Selangor PKNS FC dan Kuala Lumpur Sime Darby FC (Sime Darby).
Pasukan Pilihan Kedah mempunyai lawan yang agak seimbang dalam Kumpulan A iaitu Perak, Sabah dan Johor.
Saingan Piala Malaysia 2011 bermula 6 September ini dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada 4 dan 8 Oktober manakala perlawanan akhir dijadualkan pada 29 Oktober.
Kumpulan A: Kedah, Perak, Sabah, Johor
Kumpulan B: Terengganu, Negri Sembilan, PKNS Selangor, KL Sime Darby
Kumpulan C: Kelantan, Johor FC, Felda United, Sarawak
Kumpulan D: Selangor, Kuala Lumpur, T-Team Terengganu, Polis
Tak sabar nak tengok perlawanannya...
ReplyDeleteperlawanan bermula selepas raya, ada masa lg untuk setiap pasukan membuat persediaan
ReplyDelete