Wednesday, August 24, 2011

Akhirnya Samir Nasri Ke Manchester City



Selepas berteka-teki tentang perpindahan Samir Nasri, Arsenal hari ini menyatakan ia bersetuju menjual pemain tengah Perancis itu kepada pesaing Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

Arsenal boleh mengesahkan ia bersetuju dengan terma perpindahan Samir Nasri ke Manchester City. Arsenal membenarkan Nasri, 24, pergi ke Manchester untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan ini bermakna beliau tidak akan bermain untuk the Gunners dalam perlawanan timbal balik kedua kelayakan Liga Juara-Juara di Udinese.
 
Pengurus Manchester City, Roberto Mancini sebelum ini memberi amaran kepada Arsene Wenger dia mungkin tidak membeli Samir Nasri jika Arsenal menurunkan pemain tengah Perancis itu dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Udinese dan cuba membawa Nasri ke Manchester City sebelum jendela perpindahan berakhir pada 31 ogos ini.

Perpindahan Nasri memberi tamparan kepada Arsenal yang sebelum ini telah kehilangan ketua pasukan Cesc Fabregas kepada Barcelona yang mana kedua-dua pemain tersebut adalah pemain tengah berpengaruh Arsenal.

No comments:

Post a Comment

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...