Thursday, September 8, 2011

Hantu Bonceng - Zizan Razak dan Juliana Evans



Mampukah Filem komedi-seram arahan Ahmad Idham , "Hantu Bonceng", lakonan Zizan Razak ( Zizan Raja Lawak ) dan Juliana Evans, yang telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM5 juta dalam tempoh lima hari tayangan, mencipta sejarah kutipan tiket tertinggi dalam industri perfileman negara.

Ditayangkan serentak pada 31 Ogos lalu di 80 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei, lebih 500,000 penonton telah menyaksikan filem ini di pawagam berdasarkan perkiraan tiket yang bermula daripada tarikh filem ini ditayangkan sehingga 4 September lalu.

Kutipan tiket tertinggi sebelum ini dipegang oleh Filem KL Gangster keluaran Skop Production dengan kutipan sebanyak RM11.74 juta.

Menerusi siaran akhbar daripada Excellent Pictures, Ahmad Idham mengucapkan terima kasih atas sokongan pelbagai pihak dalam mencipta sejarah perfileman tanah air, termasuklah media, barisan pelakon filem "Hantu Bonceng" serta penonton.

"Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton dan peminat, dan diharapkan sokongan yang diterima ini berterusan untuk memastikan "Hantu Bonceng" mampu melakarkan satu lagi sejarah perfileman tempatan dan kita mampu berbangga dengan produk filem sendiri," katanya.

Filem ini mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.

Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.

Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.

Filem ini turut dibantu oleh Jue Aziz, Taiyuddin Bakar, Dottie dan Zahid AF.

6 comments:

  1. Kawan akak dah 2X pi nak beli tiket tp SOLD OuT...ada kontroversi cerita ini..

    ReplyDelete
  2. Khabarnya kutipan dah mencecah jutaan RM.

    ReplyDelete
  3. boleh atasi kutipan kl gangster agaknya

    ReplyDelete
  4. dah tgk best gak ^^

    http://aizatchiksuliman.blogspot.com/p/shoutmix.html

    ReplyDelete
  5. best ke? tak sempat nak tgk lg. huhu

    ReplyDelete
  6. best...rugi rasanya kalau tak tengok...

    ReplyDelete

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...