Penyanyi K-Pop sensasi, Korea Selatan yang popular dengan lagu
Gangnam Style, Psy dijangka tiba di Pulau Pinang awal pagi esok iaitu beberapa
jam sebelum dia dijadualkan membuat persembahan pada majlis rumah terbuka Tahun
Baru Cina Barisan Nasional (BN).
Psr atau Park Jae-sang dijangka
menghiburkan kira-kira 80,000 tetamu pada pukul 11.45 pagi Isnin di padang
Sekolah Tinggi Han Chiang, Pulau Pinang dan dikhabarkan bayaran yang akan
diterima beliau mencecah RM 2.2 Juta untuk persembahan tersebut.
Psy sebelum ini berada di
Salvador, Brazil bagi acara parti jalanan terbesar dunia selama dua hari
bermula 8 hingga 10 Februari.
Bagaimanapun
sekitar 10 pagi Ahad (waktu Malaysia), Psy menulis mesej di laman twitter
mengatakan dia akan meninggalkan Brazil namun tidak menyatakan lokasi yang akan
ditujuinya, yang sememangnya Pulau Pinang adalah destinasinya.
No comments:
Post a Comment