Wednesday, February 6, 2013

Malaysia Vs Qatar, Kelayakan Piala Asia 2015

Mampukah Jurulatih Datuk K.Rajagopal dan anak buahnya membuktikan bahawa mereka masih boleh diberi kepercayaan dan harapan oleh para peminat bolasepak tanahair untuk membawa skuad negara, Harimau Malaya suatu kejayaan dan seterusnya mendiamkan pengkritik beliau yang selama ini mempertikaikan kewibawaannya sejak akhir-akhir ini terutamanya apabila tersingkir awal pada peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF tahun lalu.

Segalanya akan terjawab pada malam ini apabila Skuad Negara akan membuka kempen Kelayakan kumpulan D Piala Asia 2015 menentang Qatar yang dianggap sukar dengan ketiadaan penyerang utama seperti Safee Sali dan Norshahrul Idhan yang masih cedera.

Kemenangan atau sekurang-kurangnya seri dalam perlawanan pertama ini sangat penting kepada Skuad Harimau Malaya untuk mencerahkan peluang seterusnya dalam kumpulan yang dianggotai oleh lawan terdiri daripada pasukan-pasukan dari Timur Tengah, Bahrin, Yaman dan Qatar yang diakui mempunyai kelebihan fizikal keatas Skuad negara.

Perlawanan akan bermula jam 11.30 malam waktu Malaysia di Stadium Jassim Bin Hamad, Doha, Qatar dan akan disiarkan secara Live oleh Astro Arena 801.

2 comments:

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...