Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) melalui Pengerusinya Tan Sri Samsudin Osman hari ini mengumumkan
kadar dividen 6.15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 yang
juga merupakan kadar dividen tertinggi sejak tahun 2000.
Kadar tersebut
adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding kadar 6 peratus yang dibayar pada
tahun 2011. Kadar tertinggi yang pernah dibayar KWSP kepada ahlinya ialah pada
tahun 1983 ~ 1987 sebanyak 8.50 peratus.
Ia juga mencatatkan
rekod baharu berjumlah RM27.45 bilion yang diagihkan kepada anggota KWSP,
meningkat 12.20 peratus daripada RM24.47 bilion yang dibayar pada tahun
sebelumnya.
Pada 2012 juga KWSP
mencatatkan pendapatan pelaburan kasar tertinggi sebanyak RM31.02 bilion
meningkat 13.91 peratus berbanding 2011.
Ahli boleh mendapatkan Penyata Kira-kira
mereka untuk menyemak pengkreditan dividen 2012 di Kios KWSP, kaunter atau
i-Akaun mulai Isnin, 18 Februari 2013.
kadar dividen 6.15 peratus kira bolehlah...
ReplyDelete