Tuesday, January 31, 2012
Ana Raffali Umum Tarikh Perkahwinan
Penyanyi yang popular dengan lagu Kalau Berpacaran nyanyian bersama Suhaimi Meor Hassan dan Altimet, Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 26 bakal menamatkan zaman bujangnya dengan rakan karib yang dikenalinya sejak 6 tahun lalu, Ahmad Aznaim Abdullah (Naim), 30 pada 25 Februari ini.
Mereka bakal bernikah di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Kuala Lumpur dengan dimulai acara bertunang pada pukul 10.30 pagi dan sejam kemudian majlis akad nikad yang akan dilakukan oleh bapa Ana sendiri, Mohd Raffali Mohd.Nor. Majlis resepsi diadakan pada hari yang sama sejurus selepas akad nikah.
"Keluarga Naim telah merisik saya pada awal bulan Disember dan kedua-dua belah keluarga menetapkan 25 Februari depan sebagai tarikh hari bahagia kami",kata Ana pada sidang akhbar pengumuman majlis perkahwinannya di PNB Darby Park, hari ini.
Friday, January 27, 2012
Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2012
Pada tahun ini sekali lagi Putrajaya akan menjadi tuah rumah bagi penganjuran Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya untuk kali ke-empat bermula dari 15 hingga 18 Mac ini di Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya.
Bertemakan 1Dunia, 1Malaysia, 1Pesta, pengujung berpeluang menyaksikan 25 belon udara panas memenuhi ruang angkasa Putrajaya yang turut melibatkan peserta antarabangsa antaranya dari Amerika Syarikat, Perancis, Poland dan Belanda.
Selain pertunjukan belon udara panas terdapat beberapa aktiviti baru tahun ini seperti pesta basikal, aktiviti air, sukan ragbi sentuh dan zon sukan lasak. Pada pesta kali ini juga pengunjung akan dapat melihat acara 'cahaya malam', di mana belon udara panas akan menyertai pertunjukan lampu dan bunyi pada 17 Mac, yang berakhir dengan pertunjukan bunga api.
Datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan pertunjukan belon udara panas ini yang juga berlaku pada cuti persekolahan dan penganjur mensasarkan jumlah kehadiran pengunjung pada kali ini melebihi kehadiran kira-kira 250,000 orang pada tahun lepas.
Monday, January 23, 2012
BerDoa Yang Baik-Baik
Assalamualaikum...
Huraian:
Setiap perkataan yang keluar daripada mulut anak Adam adalah datang daripada niat dalam hatinya. Orang yang suka mengeluarkan kata-kata yang baik mencerminkan keikhlasan hatinya dan kebaikan hati budinya.
Manakala orang yang suka bercakap perkara-perkara yang buruk kebiasaannya berperangai tidak elok. Itulah persepsi biasa dalam masyarakat.Begitulah keadaannya bilamana kita inginkan sesuatu kebaikan janganlah kita berkata perkara-perkara yang berbentuk negatif kerana ia seumpama doa yang dipohon secara tidak langsung kerana sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mendengar segala percakapan hamba-Nya.
Justeru apa yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang buruk itu datangnya daripada kesilapan kita sendiri.
Saturday, January 21, 2012
Karnival Karangkraf 2012
Karangkraf mensasarkan 100,000 pengunjung bakal menyerbu ke karnivalnya, Karnival Karangkraf 2012 yang akan berlangsung di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam, Selangor pada 27 hingga 29 Januari ini.
Konsep Auto menjadi tema Karnival pada tahun ini bersempena dengan majlis pelancaran majalah terbaru Auto Maskulin terbitan Kumpulan Media Karangkraf.
Karnival bermula seawal jam 9 pagi hingga 9 malam. Antara aktiviti dianjurkan termasuk forum khas, konsert dan anugerah Pesona Pembaca Media Hiburan (PPMH), pameran kereta mewah, motosikal berkuasa tinggi, gerai jualan dan sesi bertemu novelis.
Pengajuran edisi ke empat kali ini melibatkan lebih daripada 100 khemah yang dibahagikan kepada enam zon. Antaranya ialah zon majalah, wanita, auto, makanan, grup buku dan Sinar Harian. Setiap khemah mempunyai kelainan tersendiri dan ia mampu mearik lebih ramai pengunjung melalui aktiviti yang akan diadakan. Kanak-kanak juga berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan moskot Upin & Ipin serta menyertai aktiviti yang disediakan pengajur.
Para pengunjung juga boleh mendapatkan potongan harga buku dan novel sehingga 70 peratus dan majalah sehingga 50 peratus.
Majlis perasmian karnival akan disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein Onn.
Friday, January 20, 2012
Ally Iskandar Akhiri Zaman Bujang
Personaliti TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi 36, akhirnya sah bergelar suami kepada Nurfarahin Romli atau Farah Lee, 22 selepas dua kali lafaz dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Terengganu hari ini.
Pasangan ini dinikahkan tepat jam 10.00 pagi tadi oleh Tuan Haji Mohd Abu Bakar, Jurunikah Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu dengan mas kahwin RM250.
Ally menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan. Antaranya sepersalinan pakaian lelaki, manisan, sejadah dan jubah, bunga rampai dan iPhone.
Pengantin perempuan menerima 7 dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung dan senaskhah Al-Quran.
Ally Iskandar adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem, University of The Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat manakala isterinya masih menuntut dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di sebuah Universiti di Korea.
Sunday, January 15, 2012
Lelaki Durjana Rogol Bayi Berumur Tiga Tahun
Angkara nafsu buas tanpa mengenal perikemanusiaan seorang jurukimpal dipercayai tergamak merogol seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang juga anak rakan baik isterinya sendiri dalam kejadian di sebuah kampung di Chukai, Kemaman, Terengganu.
Perbuatan durjana lelaki berusia 46 tahun itu disedari ibu mangsa apabila mendapati seluar anaknya basah dan sejurus seluar dibuka bahagian luaran lampin pakai buang serta dari pangkal peha hingga ke lutut anaknya berbau air mani ketika datang mengambil anaknya itu di rumah lelaki terbabit kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam.
Sehari sebelum kejadian, ibu mangsa yang berusia 29 tahun dan tinggal tidak jauh dari rumah suspek meninggalkan mangsa untuk dijaga oleh rakan baiknya yang juga isteri suspek dan mangsa sememangnya telah dijaga oleh isteri suspek sejak dua minggu lalu sebelum kejadian.
Ekoran rasa tidak sedap hati, ibu mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Chukai kira-kira jam 3.34 pagi hari sama agar pemeriksaan di hospital dapat dilakukan bagi mengetahui kejadian sebenar. Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa.
Berikutan itu, suspek ditangkap sejurus kemudian dan ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Saturday, January 14, 2012
Pantai Kemasik, Kemaman, Terengganu
Pantai Kemasik, mungkin ramai yang tak pernah mendengarnya tapi jika kita menyaksikan dan menikmati keindahannya pasti mempersonakan terutama kepada yang pertama kali singgah disini.
Untuk yang berhajat untuk berkunjung ke pantai ini, ia sebenarnya tidak sukar kerana terletak berhampiran jalan utama Persekutuan Kemaman- Kuala Terengganu, kira-kira hanya 10 kilometer daripada bandar Kijal. Jika melalui jalan tersebut ke Kuala Terengganu dari Kemaman, pantai ini terletak disebelah kanan.
Kemudahan asas seperti tempat meletak kereta, gerai makanan, tandas awam dan taman permainan turut disediakan.
Keunikan bongkoh-bongkah batu seakan bukit-bukit kecil di tepi pantai menyerlah keindahan pantai ini.
Suasana kemeriahan nelayan pulang dari menangkap ikan dilaut boleh dilihat disini jika bertuah.

Subscribe to:
Posts (Atom)