Angkara nafsu buas tanpa mengenal perikemanusiaan seorang jurukimpal dipercayai tergamak merogol seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang juga anak rakan baik isterinya sendiri dalam kejadian di sebuah kampung di Chukai, Kemaman, Terengganu.
Perbuatan durjana lelaki berusia 46 tahun itu disedari ibu mangsa apabila mendapati seluar anaknya basah dan sejurus seluar dibuka bahagian luaran lampin pakai buang serta dari pangkal peha hingga ke lutut anaknya berbau air mani ketika datang mengambil anaknya itu di rumah lelaki terbabit kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam.
Sehari sebelum kejadian, ibu mangsa yang berusia 29 tahun dan tinggal tidak jauh dari rumah suspek meninggalkan mangsa untuk dijaga oleh rakan baiknya yang juga isteri suspek dan mangsa sememangnya telah dijaga oleh isteri suspek sejak dua minggu lalu sebelum kejadian.
Ekoran rasa tidak sedap hati, ibu mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Chukai kira-kira jam 3.34 pagi hari sama agar pemeriksaan di hospital dapat dilakukan bagi mengetahui kejadian sebenar. Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa.
Berikutan itu, suspek ditangkap sejurus kemudian dan ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
No comments:
Post a Comment