Saturday, January 21, 2012
Karnival Karangkraf 2012
Karangkraf mensasarkan 100,000 pengunjung bakal menyerbu ke karnivalnya, Karnival Karangkraf 2012 yang akan berlangsung di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam, Selangor pada 27 hingga 29 Januari ini.
Konsep Auto menjadi tema Karnival pada tahun ini bersempena dengan majlis pelancaran majalah terbaru Auto Maskulin terbitan Kumpulan Media Karangkraf.
Karnival bermula seawal jam 9 pagi hingga 9 malam. Antara aktiviti dianjurkan termasuk forum khas, konsert dan anugerah Pesona Pembaca Media Hiburan (PPMH), pameran kereta mewah, motosikal berkuasa tinggi, gerai jualan dan sesi bertemu novelis.
Pengajuran edisi ke empat kali ini melibatkan lebih daripada 100 khemah yang dibahagikan kepada enam zon. Antaranya ialah zon majalah, wanita, auto, makanan, grup buku dan Sinar Harian. Setiap khemah mempunyai kelainan tersendiri dan ia mampu mearik lebih ramai pengunjung melalui aktiviti yang akan diadakan. Kanak-kanak juga berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan moskot Upin & Ipin serta menyertai aktiviti yang disediakan pengajur.
Para pengunjung juga boleh mendapatkan potongan harga buku dan novel sehingga 70 peratus dan majalah sehingga 50 peratus.
Majlis perasmian karnival akan disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein Onn.
Labels:
Berita,
Info,
Pesta dan Perayaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment