Seperti
tahun-tahun lepas, FLORIA Putrajaya – Festival bunga dan taman yang
dinanti-nantikan di Malaysia akan kembali menemui anda pada tahun ini dengan
menghidangkan pelbagai jenis flora yang berwarna-warni dan menarik di luar
imaginasi anda.
Bertemakan Pesona
Warna, FLORIA Putrajaya kali ini menjanjikan pameran
bunga-bungaan dari pelbagai spesis yang disusun atur di dalam taman-taman yang
direka khas. Bunga Begonia atau asam batu yang berasal dari iklim lembap
subtropika dan tropika telah dipilih sebagai bunga tema Festival Bunga dan
Taman tahun ini.
Memandangkan ini adalah kali ketujuh acara ini diadakan, Perbadanan Putrajaya (PPj) selaku pihak penganjur sedang membuat persiapan untuk mempersembahkan satu pameran yang lebih besar dan lebih baik buat pengunjung di tapak baru dan kekal di Pesisiran Tasik, Presint 4 ditambah pula dengan lampu berkilauan pada waktu malam.
FLORIA Putrajaya 2014 dibuka kepada lawatan umum mulai 14 hingga 22 Jun 2014 dari 9:00 pagi - 10:30 malam (Isnin hingga Khamis) dan dari pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah malam (Jumaat hingga Ahad).
No comments:
Post a Comment