Brazil, tuan rumah piala Dunia kali ini menjadi pasukan pertama menempah
tiket ke aksi suku akhir Piala Dunia selepas menewaskan Chile 3-2 melalui
penentuan sepakan penalti pada perlawanan awal pagi tadi.
Aksi penuh dramatik kedua-dua pasukan dari Amerika Latin pada pusingan kalah mati itu terpaksa diheret ke masa tambahan selepas terikat 1-1 pada masa 90 minit perlawanan sebenar.
Pemain Pertahanan David Luiz menjaringkan gol tunggal Brazil minit ke-18, namun Penyerang Chile, Alexis Sanchez menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-14.
Babak kedua menyaksikan Hulk berjaya menambah jaringan kedua Brazil, namun tidak dikira selepas pengadil Howard Webb memutuskan bola terkena bahagian lengan pemain itu.
Kedua-dua pasukan gagal mencari gol kemenangan dalam tempoh masa tambahan sehingga membawa ke sepakan penentuan penalti.
Tiga sepakan penalti Brazil dilakukan David Luiz, Marcelo dan Neymar.
Manakala dua gol penalti Chile oleh Aranguiz dan M.Diaz.
Brazil bakal berdepan dengan Colombia yang menewaskan Uruguay 2-0 yang turun tanpa penyerang Luis Suarez diperingkat suku akhir nanti.

No comments:
Post a Comment