Juara bertahan, Kelantan dan Juara
Liga Perdana, Sarawak mengesahkan slot
ke separuh akhir Piala Malaysia selepas berjaya menundukkan lawan masing-masing
pada perlawanan suku akhir kedua, malam tadi.
Kelantan mencatatkan kemenangan besar
6-1 ke atas Johor Darul Takzim (Johor DT) untuk mara dengan keputusan agregat
8-5 manakala Sarawak menumpaskan Sime Darby FC dengan agregat 3-1.
Pada saingan separuh akhir, Kelantan
akan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala Sarawak berdepan dengan
Pahang. Perlawanan separuh akhir pertama akan diadakan pada 18 dan 19 Okt. ini
dan perlawanan timbal balik pada 25 dan 26 Oktober ini.
Pada Jumaat,
ATM menempah slot separuh akhir dengan kemenangan agregat 4-2 ke atas Lions XII
dari Singapura manakala Pahang menang agregat 5-2 ke atas pasukan PKNS FC
Selangor.
No comments:
Post a Comment