Umat Islam di Malaysia akan menyambut
Aidiladha tahun ini pada Selasa, 15 Oktober ini melalui pengumuman yang dibuat
oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad .
"Bagi menyempurnakan titah
perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh
Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan
bahawa 1 Zulhijah 1434 Hijrah ialah pada 6 Oktober 2013 Masehi.
"Oleh yang demikian, Hari Raya
Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada
hari Selasa, 15 Okt 2013 Masihi," katanya.
No comments:
Post a Comment