Saturday, November 24, 2012

Queens Park Rangers (QPR) melantik Harry Redknapp sebagai pengurus baru


Queens Park Rangers (QPR), Kelab EPL yang dimiliki oleh Tony Fernandes akhirnya melantik Harry Redknapp sebagai pengurus baru selepas Mark Hughes dipecat pada Jumaat lalu. 
Mark Hughes, bekas pemain Manchester United dan antarabangsa Wales memulakan tugas di QPR pada 10 Januari 2012 dan hanya bertahan selama 11 bulan sebelum diganti oleh Redknapp.

Harry Redknapp, 65 bekas pengurus Tottenham Hotspur dari 2008 sehingga Jun 2012, menerima jawatan ini dengan kontrak perjanjian dua tahun setengah dan tugas beliau sangat mencabar kerana sehingga kini QPR belum memenangi sebarang perlawanan slepas 12 perlawanan liga malah hanya mengutip empat mata sekaligus meletakkan mereka di kedudukan terbawah liga.
Perlantikan Harry Redknapp diharapkan dapat memberi nafas baru kepada QPR untuk mengelakkan daripada tersingkir dari EPL musim depan. 

1 comment:

  1. tanggungjawab yang berat buat Harry Redknapp untuk memulihkan semula semangat pemain2 QPR

    ReplyDelete

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...