MAHA International 2012 yang dihoskan oleh Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dengan kerjasama MARDI dan MARDITECH Corporation
Sdn. Bhd. serta Jabatan dan Agensi di bawah MOA akan diadakan pada 23 November
hingga 2 Disember 2012 bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang
(MAEPS).
Acara yang akan berlangsung selama 10 hari ini diadakan
serentak dengan Hari Peladang, Perternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK). HPPNK
merupakan satu program penghargaan kerajaan untuk kumpulan peladang, perternak,
nelayan serta usahawan agro di seluruh Negara . Bertemakan “Transformasi
Pertanian Melalui Inovasi”, MAHA International 2012 akan memaparkan kejayaan
sektor pertanian dan industri asas tani serta ternakan dari aspek inovasi dan
teknologi terkini.
Selain penglibatan dari agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan usahawan dalam negara, pameran ini juga akan turut disertai penyertaan dari luar Negara antaranya Afghanistan, Vietnam, Singapura, Korea Selatan, India, Qatar dan Sri Lanka.
No comments:
Post a Comment