Sunday, October 16, 2011
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Yang di-Pertuan Agong Ke-14
Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah telah dipilih oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 berkuatkuasa pada 13 Disember ini menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang akan tamat pemerintahan selama 5 tahun.
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah yang diputerakan pada 28 November 1927 di Alor Setar, Kedah pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-5 dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975 dan juga merupakan Sultan Kedah yang ke-27.
Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, dan mewarisi takhta ayahanda baginda pada 1958.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kita akan bertukar Agong...
ReplyDeleteAgong baru kak...
ReplyDeleteAgong baru dengan naibnya Tengku Faris
ReplyDeletesultan kelantan timbalannya...
ReplyDelete