Skuad kendalian Holger Osiek, Australia menundukkan Harimau Malaya 5-0 pada
perlawanan persahabatan di Stadium Canberra, Australia sebentar tadi.
Wilkshire menjaringkan gol sulung Socceroos seawal minit ke-3 sebelum Kennedy
menambah jaringkan pada minit ke-33 dan 45. Brosque melengkapkan senarai
penjaring perlawanan dengan menyumbat dua gol pada minit ke-39 dan 69.
Walaupun Harimau Malaya hanya membenarkan satu gol sahaja yang dijaringkan
oleh Socceroos pada separuh masa kedua tapi keseluruhan perlawanan jelas
dikuasai oleh Australia.
Malaysia, penghuni tangga ke-147 senarai ranking terkini Persekutuan Bola Sepak
Antarabangsa (Fifa), berbanding skuad Socceroos yang kini menghuni tangga
ke-19 dunia jelas gagal menandingi kehebatan Australia.
Dengan kekalahan besar ini, Skuad kendalian K Rajagobal ini gagal mengulangi
memori indah Malaysia menang 1-0 ke atas Socceroos pada final Piala
Kemerdekaan Indonesia pada 1992 yang juga merupakan kemenangan tunggal
dalam siri perlawanan dengan Australia.
No comments:
Post a Comment