Sunday, October 30, 2011

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2011

Skuad Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia 2011 selepas menewaskan Terengganu 2-1 pada perlawanan akhir malam tadi di Stadium Shah Alam yang disaksikan oleh kira-kira 70,000 penyokong kedua-dua pasukan.

Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga selepas melakukan pada tahun 1948 dan 2009.

Walaupun Terengganu terlebih dahulu mendapat gol melalui Mohd Ashaari Shamsuddin yang menjaringkan gol pertama skuad Penyu pada minit ke-59 namun skuad Rusa bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-81 selepas tendangan S. Kunanlan gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee sekali gus menyaksikan bola melantun ke dalam gawang sendiri.

Gol kemenangan Negeri Sembilan dijaringkan oleh Hairuddin Omar pada minit ke-86 perlawanan dengan sepakan libas menarik melalui hantaran lintang Shukor Adan.

Saturday, October 29, 2011

Final Piala Malaysia 2011 Pasti Hebat

Terengganu juara Piala FA 2011 dan Negeri Sembilan naib juara Piala Malaysia 2010 akan berentap menentukan siapa paling layak menjulang piala keramat bola sepak tanah air, Piala Malaysia 2011 pada malam ini di Stadium Shah Alam.

Tentu sukar untuk meramalkan pasukan mana yang paling layak untuk merangkul Piala Malaysia tersebut. Kedua-dua pasukan dilihat mempunyai barisan yang seimbang.

Negeri Sembilan yang telah mempunyai pengalaman beraksi pada pentas akhir tahun lepas tentu tidak akan melepaskan lagi peluang selepas dikecewakan oleh kelantan pada final tahun lepas.

Terengganu pula mempunyai barisan pemain yang cukup mamtap disetiap posisi dilihat cukup liat untuk ditewaskan oleh mana-mana pasukan dalam kempen Piala Malaysia. Terengganu telah menyingkirkan pasukan pilihan Selangor di separuh akhir dan menewaskan juara bertahan Kelantan pada suku akhir.

Barisan Kemungkinan

Terengganu
Penjaga Gol
Mohd Shahbine Allawee

Pertahanan
Mohd Marzuki Yusof
Mohd Faizal Muhammad
Mazlizam Mohamad
Mohd Zubir Azmi

Tengah
Joseph Kallang Tie
Reeshafiq Alwi
Ismail Faruqi Ashari
Mohd Ashaari Shasudin

Penyerang
Abdul Hadi Yahya
Addul Manaf Mamat

Negeri Sembilan
Penjaga Gol
Mohd Farizal Marlias

Pertahanan
Norhafiz Zamani Misbah
Mohd Aidil Zafuan
Qhairul Anwar Roslani
Irwan Fadzli Idrus

Tengah
Muhamad Shukor Adam
S.Kunalan
Shahurain Abu Samah
Abdul Halim Zainal

Penyerang
Hairuddin Omar
Mohd Firdaus Azizul

Saya memilih Terengganu sebagai Juara tahun ini dan menamatkan kemarau 10 tahun tanpa piala Malaysia dengan jaringan 2-0.

Friday, October 28, 2011

Tarikh Hari Raya Haji 6 November

"SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA"

Sebentar tadi, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan bahawa umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 6 November ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Haji bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Selasa, 6 November 2011,”. kata Datuk Syed Danail Syed Ahmad.

Pengumuman tersebut disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Tuesday, October 25, 2011

Diskaun Tol Sempena Perayaan Deepavali







Sempena perayaan Deepavali pada hari Rabu ini sebanyak 21 syarikat konsesi menawarkan diskaun tol dalam bentuk tunai dan rebat di 25 buah lebuh raya di seluruh negara.
Diskaun tersebut bermula hari Isnin hingga Rabu ini dengan kadar antara lima hingga 37.5 peratus atau RM0.10 hingga RM0.70.

Bagi lebuh raya di bawah kendalian Plus Expressway Berhad, diskaun diberi dalam bentuk rebat sebanyak 20 peratus kepada pengguna Kelas 1 bermula semalam sehingga 28 Oktober ini.

Lebuh Raya tersebut adalah Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Lebuh Raya Kulim-Butterworth, Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) dan Lebuh Raya Link Kedua Malaysia-Singapura. Bagi Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Plaza Tol Tanjung Kupang yang juga dibawah kendalian Plus tiada rebat diberikan.

Pemberian diskaun untuk lebuh raya lain akan dilaksanakan pada Rabu ini mengikut waktu yang ditentukan oleh syarikat konsesi lebuh raya masing-masing.

Sunday, October 23, 2011

Terengganu dan Negeri Sembilan Bakal Juara Piala Malaysia 2011











Terengganu dan Negeri Sembilan bakal bertemu di pentas akhir Piala Malaysia buat pertama kali, selepas menumpaskan lawan masing-masing pada pertembungan separuh akhir kedua, malam tadi.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Skuad Sang Penyu mara ke pentas akhir dengan kemenngan agregat 4-1 selepas menumpaskan Selangor 2-1.

Gol pertama Terengganu hadir menerusi Abdul Manaf Mamat yang sekali lagi membuktikan kehebatannya hasil gerakan menarik di dalam petak penalti pada minit ke-19 yang menewaskan penjaga gol Selangor, G.Jeevanathan.

Gol kedua juara Piala FA 2011 itu dihasilkan menerusi rembatan deras world class yang menarik melalui kaki kiri dari luar petak penalti oleh Ashaari Shamsuddin pada minit ke-72.

Selangor walaubagaimana pun berjaya memperoleh gol saguhati hasil tandukan Safiq Rahim yang menerima hantaran lintang Amirul Hadi Zainal dua minit sebelum perlawanan tamat.

Sementara itu di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi T-Team gagal mengikut jejak abangnya, apabila gagal menyekat Negeri Sembilan yang sekali lagi melangkah ke pentas akhir dengan agregat 6-3 apabila T-Team kalah 1-2.

Walaupun T-Team terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-72 menerusi Fitri Omar, sebelum pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi gol Shahurain Abu Samah tiga minit kemudian.

Jaringan Shukor Adan yang menanduk masuk gol pada minit ke-84 hasil hantaran lintang pemain sayap S.Kunanlan, seterusnya memadamkan hasrat T-Team untuk mencipta sejarah mara ke pentas akhir buat kali pertama.

Kedua-dua pasukan bakal menentukan juara Piala Malaysia 2011 pada 29 Oktober ini di Stadium Shah Alam.

Thursday, October 20, 2011

Malaysia Menghadapi Kesukaran Mempertahankan Emas Sukan Sea



Mampukah Malaysia mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada temasya dua tahun lalu di Laos?  Skuad negara bakal berdepan laluan sukar pada temasya Sukan Sea 2011 Jakarta kali ini apabila diundi dalam kumpulan A bersama Indonesia, Singapura, Thailand dan Kemboja bagi acara bola sepak.
Kumpulan B pula dianggotai oleh naib juara edisi lepas, Vietnam, Laos,Brunei Darussalam, Timor Leste, Myanmar dan Filipina.

Cabaran dalam kumpulan A pastinya getir dengan kehadiran juara 13 kali Thailand, tuan rumah Indonesia dan Singapura. Kita sedia maklum Thailand adalah pasukan pilihan memenangi emas, Indonesia pula dengan bermain dihadapan penyokong sendiri yang terkenal dengan fanatik bola sepak sememangnya cabaran yang sukar buat Malaysia. Saingan Singapura juga tidak boleh dipandang mudah kerana Singapura selalu memberi kesukaran kepada Malaysia setiap kali kedua-dua pasukan bertemu.

Acara bola sepak Sukan SEA akan bermula dari 3 hingga 21 November di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta dan Stadium Lebak Bulus, Jakarta Selatan.

Skuad negara bawah 23 tahun negara di bawah jurulatih Ong Kim Swee ini, bakal membuka saingan dengan menentang pasukan Singapura pada 9 Nov., diikuti Thailand (11 Nov), Kemboja (15 Nov), dan menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan nenentang tuan rumah, Indonesia pada 17 November.

Malaysia pernah memenangi pingat emas sebanyak lima kali iaitu pada 1961, 1977, 1979, 1989 dan 2009.

Sunday, October 16, 2011

Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Yang di-Pertuan Agong Ke-14







Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah telah dipilih oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 berkuatkuasa pada 13 Disember ini menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang akan tamat pemerintahan selama 5 tahun.

Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah yang diputerakan pada 28 November 1927 di Alor Setar, Kedah pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-5 dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975 dan juga merupakan Sultan Kedah yang ke-27.

Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, dan mewarisi takhta ayahanda baginda pada 1958.

Saturday, October 15, 2011

MyKad baru tahun depan









KLUANG 15 Okt. — Mulai Januari tahun depan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.
"MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan strukur baru.
Hishammuddin berkata, MyKad baru itu diperbuat daripada bahan polycarbonate yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad. — Bernama/Utusan

Sunday, October 9, 2011

Wayne Rooney Terlepas Perlawanan Pembukaan Euro 2012









Wayne Rooney akan terlepas perlawanan pembukaan Euro 2012 di Poland dan Ukraine tahun depan akibat tindakan bodoh menendang pemain pertahanan Montenegro, Miodrag Dzudovic dan seterusnya diperintah keluar padang akibat memerima kad merah dalam perlawanan yang berkesudahan seri 2-2 pada pusingan kelayakan Euro 2012 kelmarin.

Walupun England telah layak ke pusingan akhir Euro 2012, kad merah yang dilayangkan kepada Rooney pada perlawanan tersebut turut mempersoalkan tentang reputasi panas baran bintang Manchester United yang sebelum ini kurang digemari penyokong England. Pada Piala Dunia 2006 lalu,  Rooney juga menerima nasib serupa apabila diperintah keluar padang selepas bertindak kasar ke atas pemain Portugal, Ricardo Carvalho.

Friday, October 7, 2011

Australia menundukkan Harimau Malaya 5-0

Skuad kendalian Holger Osiek, Australia  menundukkan Harimau Malaya 5-0 pada
perlawanan persahabatan di Stadium Canberra, Australia sebentar tadi.

Wilkshire menjaringkan gol sulung Socceroos seawal minit ke-3 sebelum  Kennedy
menambah jaringkan pada minit ke-33 dan 45. Brosque melengkapkan senarai
penjaring perlawanan dengan menyumbat dua gol pada minit ke-39 dan 69.

Walaupun Harimau Malaya hanya membenarkan satu gol sahaja yang dijaringkan
oleh Socceroos pada separuh masa kedua tapi keseluruhan perlawanan jelas
dikuasai oleh Australia.

Malaysia, penghuni tangga ke-147 senarai ranking terkini Persekutuan Bola Sepak
Antarabangsa (Fifa),  berbanding skuad Socceroos yang kini menghuni tangga
ke-19 dunia jelas gagal menandingi kehebatan Australia.

Dengan kekalahan besar ini, Skuad kendalian K Rajagobal ini gagal mengulangi
memori indah Malaysia menang 1-0 ke atas Socceroos pada final Piala
Kemerdekaan Indonesia pada 1992 yang juga merupakan kemenangan tunggal
dalam siri perlawanan dengan Australia.

Wednesday, October 5, 2011

Hanya iPhone 4S bukannya iPhone 5


Penantian peminat iPhone berakhir dengan sikit kekecewaan apabila Ketua Eksekutif (CEO) baru Apple, Tim Cook, yang menggantikan pengasas Apple, Steve Jobs pada Ogos lalu, melancarkan iPhone 4S di ibu pejabat Apple di Cupertino, California dan bukannya telefon pintar generasi baru, iPhone 5 seperti yang dinanti-nantikan oleh peminat iPhone seluruh dunia.

Pembaharuan dalam versi iPhone 4S ini ialah pemprosesan yang lebih pantas, kelajuan kamera dan arahan suara seperti 'pembantu peribadi'.
Saham Apple jatuh lebih empat peratus di pasaran Wall Street hari ini selepas pembuat gajet terkemuka berpusat di California itu mengumumkan versi iPhone yang dipertingkatkan, bukannya model baru iPhone 5 seperti yang dijangkakan.

iPhone 4S boleh didapati di pasaran Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Britain, Perancis, Jerman dan Jepun bermula 14 Oktober ini.


Di Amerika Syarikat, iPhone 4S dijual pada harga AS$199 untuk16GB, 32GB AS$299
manakala untuk model 64GB berharga AS$399.

Tuesday, October 4, 2011

Maharaja Express, Keretapi Mewah India

Pengangkutan keretapi India adalah diantara yang paling sibuk didunia. Dalam usaha untuk menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia, India telah memperkenalkan perkhidmatan keretapi mewah yang dikenali Maharaja Express.

Maharaja Express adalah usaha sama antara India Railway Catering and Tourism Corparation dan agensi Pelancongan Cox dan Kings India Ltd.  Harga yang dikenakan kepada penumpang bermula dari $800 (INR40000) sehingga $2,500 (INR125,000) seorang sehari dengan perjalanan yang mengambil masa  7 hingga 8 hari.










BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...