Tuesday, July 5, 2011
Pesta Bunga Api Di Malam Pesta Flora Putrajaya 2011
Langit sekitar Putrajaya bakal dihiasi dengan percikan bunga api selama sembilan hari bermula Sabtu ini yang juga merupakan sebahagian daripada Malam Pesta Flora Pelancongan Antrabangsa 2011.
Sebanyak 50 bot berhias akan belayar sejauh tiga kilometer sekitar Tasik Putrajaya. Pesta tersebut akan bermula pada pukul 8.30 malam hingga 10.30 malam, dari 9 hingga 17 Julai ini. Acara ini bakal melengkapkan Pesta Flora di Putrajaya yang akan diadakan pada siang hari.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata kementeriannya akan menganjurkan program tersebut dengan tema ‘Magis di Malam Hari’ dan kira-kira 700,000 pelancong dari dalam dan luar negara dijangka hadir pada pesta tersebut.
“Kita akan menampilkan kereta berhias yang ditaja oleh syarikat dan negara luar seperti Brunei dan Kemboja,” katanya pada sidang media di Pusat Pelancongan Malaysia di sini.
“Bawa tikar dan keluarga, nikmatilah keindahan waktu malam dengan berkelah di tasik Putrajaya dengan dihiasi panaroma yang cantik,” katanya.
Labels:
Berita,
Info,
Pesta dan Perayaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
azie memang nak pergi pun..
ReplyDeletetapi tak sangka pulak best macam ni..
rasa macam nk pegi mlm ni jugak!
waaa!hehe
macam best je?!
ReplyDeletenak pergi jugak!! :p
azie: tak kan tak sabar2 pulak...he,he..
ReplyDeleteelie: pergi bawak rakan @ keluarga sekali...
best eyh....?
ReplyDeleteagak2 klau gi sna berbaloi tak...
ReplyDelete