Kapten Arsenal, Cesc Febragas telah disahkan tidak dapat menyertai skuad The Gunners dalam siri jelajah Asia kerana masalah kecederaan Otot. Perkara tersebut telah diperkatakan sendiri oleh pengurus Arsenal, Arsene Wenger. Cesc Febragas adalah pemain yang cuba dikekalkan oleh Arsene Wenger di Emirates walupun dilaporkan Febragas bersungguh-sungguh mahu kembali ke Barcelona, kelab yang disertainya pada usia 10 tahun sebelum berpindah ke Arsenal pada usia 16 tahun.
Ketiadaan binatang sensasi yang dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona dengan nilai tawaran 27 juta pound (RM135 juta) dalam skuad ini tertentu sekali mengecewakan peminat Asia terutamanya Malaysia yang menantikan perlawanan antara Malaysia dan Arsenal Rabu ini, 13Julai di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Kecuali Cesc Febragas, nama-nama besar lain seperti Robin van Persie, Samir Nasri, Andrey Arshavin, Theo Walcott dan Aaron Ramsey masih ada dalam skuad jelajah Asia ini.
Turut tersenarai adalah pemain sayap remaja Jepun, Ryo Miyaichi.
Selepas perlawanan di Malaysia, pasukan Arsenal akan terbang ke Hangzhou di China untuk perlawanan seterusnya menentang Hangzhou Greentown pada petang Sabtu.
Skuad Arsenal:
Wojciech Szczesny
Mannone Vito
Sebastien Squillaci
Johan Djourou
Kieran Gibbs
Carl Jenkinson
Laurent Koscielny
Andrey Arshavin
Marouane Chamakh
Ryo Miyaichi
Armand Traore
Thomas Vermaelen
Bacary Sagna
Theo Walcott
Alex Song
Jack Wilshere
Tomas Rosicky
Denilson
Aaron Ramsey
Emmanuel Frimpong
Samir Nasri
Carlos Vela
Robin van Persie
kecewanyaa
ReplyDeletetersangatkecewaskew... ;D
ReplyDelete