Dengan kemenangan itu, Hazama membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000 beserta sebuah piala sumbangan Astro.
Dia turut menerima sebuah kamera Sony Handycam bernilai 3,299 sumbangan Sony serta hamper dan wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Power Root.Pelajar kelahiran Perak ini telah diundi masuk pada konsert AF9 minggu ketiga, selepas pelajar Aida dan Amir digugurkan dalam program itu.
Pada konsert akhir itu, Hazama telah membawakan dua buah lagu iaitu Pukau, nyanyian Tomok dan Cinta Teragung.
Selepas diumumkan kemenangannya, bekas peserta prelude AF4 itu berterima kasih kepada para pengundi yang memberi peluang kedua kepadanya untuk terus bersaing di AF9 sekali gus menjadi juara.
Sementara itu, naib juara dimenangi oleh Lenaber Haidir atau Lena 22, tempat ketiga dimenangi oleh Fina atau nama sebenarnya Nur Shafinaz Jebat 18, dan bagi Mohamad Azri Abdullah atau Azri 23, pula hanya berpuas hati ditempat keempat.Dengan kemenangan itu juga, Hazama mengikuti jejak, Vince musim pertama, Zahid musim kedua, Mawi musim ketiga, Faizal musim keempat, Mila musim kelima, Stacy musim keenam, Hafiz musim ketujuh, dan Shahir musim kelapan sebagai Juara Akademi Fantasia.
tahniah buat hazama..akk minat kat fina..
ReplyDelete