Tuesday, June 21, 2011

Hanya 2 jam setengah Dari Paris ke Tokyo dengan Pesawat Hipersonik

Nak bagi tahu bahawa, The European Aeronautic Defence and Space Company N.V (EADS), Syarikat aeroangkasa yang membina pesawat Airbus mendedahkan rancangan untuk membina pesawat penumpang hipersonik yang mengambil masa cuma dua setengah jam penerbangan dari Paris ke Tokyo menjelang tahun 2050, Wau...pantasnya....



Pesawat yang digelar ZEHST(Pengangkutan Hipersonik Pelepasan Sifar) itu akan bergerak dengan kelajuan lebih 5,000 kph, empat kali kelajuan bunyi.

Ketua Pegawai Teknikal EADS, Jean Botti berkata, pesawat tersebut mirip jet supersonik Concorde, pesawat ikon yang pernah digunakan oleh syarikat Air France, yang ditamatkan perkidmatan kira-kira 8 tahun yang lalu.



Projek ini dibangunkan dengan kerjasama Jepun dan menggunakan teknologi yang sedia ada. Ia dianggarkan boleh membawa di antara 50 hingga 100 penumpang.

Bagaimanapun, Ketua EADS, Louis Gallois berkata, ia akan mengambil masa di antara 30 hingga 40 tahun untuk membina pesawat tersebut. EADS berharap untuk mempunyai prototaip pada tahun 2020 dan akhirnya pesawat dapat memberi perkhidmatan pada sekitar tahun 2050.

7 comments:

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...