Tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Datuk Seri Tony Fernandes 47, iaitu pengasas "Tune Air Sdn Bhd", dan usahawan yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya, "Semua mampu naik kapal terbang" dipilih sebagai individu ke-52 daripada 100 individu paling kreatif dalam bidang perniagaan pada tahun 2011 oleh majalah bisnes New York, Fast Company pada edisi bulan Jun.
Fernandes yang juga Prinsipal pasukan Lotus Racing yang terlibat dengan Formula 1, merupakan calon tunggal dari Malaysia dan Asia Tenggara yang disenaraikan untuk anugerah tersebut.
Sejak beliau mengemudi penerbangan tambang murah, AirAsia pada 2001, ushawan Malaysia ini telah membuktikan keupayaannya apabila telah berjaya membawa 100 juta penumpang ke destinasi yang kurang diberi tumpuan seperti dari Paris ke Phnom Penh.
Bukan itu sahaja, beliau juga telah menggunakan jaringan trafik AirAsia untuk memulakan beberapa bisnes yang menguntung seperti; Tune Hotel (hotel lima bintang pada harga satu bintang), Tune Talk (talian prabayar), Tune Money (insurans, kad Visa), serta Tune Tone (muzik dan filem).
Mendahului senarai penerima anugerah paling kreatif dalam bidang perniagaan tersebut ialah Ketua Pengarah Al-Jazeera, Wadah Khanfar, kedua Naib Presiden perisian Iphone, Apple, Scott Forstall, ketiga Pemodal Kapital Rusia, Yuri Milner, keempat, Pengerusi lawan sosial Twitter, Jack Dorsey, kelima Penyelidik Kajian di Google, Sebastian Thrun.
Tahniah diucapkan kepada Tony Fernandes
ReplyDeleteSalam. moshi2..singgah jalan2 bw sini~
ReplyDeleteDah lama tak bw ni rindu pulak :)
btw, nice blog~
Visit dari frommetoyou
Arigatou (^____^)
selamat datang....irasshai..
ReplyDelete