Sunday, May 15, 2011

RM40 Juta Siapkan Rumah Terbengkalai Di Alam Perdana, Kuala Selangor

KUALA SELANGOR 14 Mei - Kerajaan negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM40 juta dari Tabung Projek Terbengkalai bagi menyiapkan pembinaan perumahan Alam Perdana yang terbengkalai sejak tahun 2002.


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) menjangkakan projek tersebut akan siap menjelang Disember ini.
Katanya, projek tersebut mesti disiapkan mengikut masa ditetapkan kerana sekiranya ia gagal disiapkan maka wang daripada dana itu tidak boleh digunakan.
“Kerajaan negeri telah diberi jaminan bahawa projek itu akan dapat disiapkan mengikut jadual,” katanya.
Untuk tujuan ini kerajaan negeri akan berkerjasama dengan LBCN Development Sdn. Bhd.
Khalid menjelaskan keputusan mengambilalih projek perumahan itu akan memberi manfaat kepada hampir 3,000 pembeli unit rumah berkenaan.
“Kerajaan negeri sudah mencapai penyelesaian dengan pihak pemaju serta kontraktor dan projek ini akan disiapkan sepenuhnya pada akhir Disember ini.
“Langkah ini pasti memberi kelegaan kepada lebih 3,000 pembeli rumah di kawasan ini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Dialog Projek Alam Perdana Bersama Pembeli di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Kesian kepada pembeli rumah yang mana projek rumah yang mereka beli terbengkalai, begitu tertekan sekali. Jika ada pihak yang sudi membantu ringanlah sikit beban mereka.
Mereka sangat-sangat berharap rumah yang dibeli dapat didiami dengan segera supaya beban yang ditanggung dapat dikurangkan. 

1 comment:

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...