BIL | JUDUL FILEM | PENERBIT | KUTIPAN ( RM / JUTA ) | TAHUN |
1. | Ngangkung | MIG PRODUCTION SDN.BHD. | 8.18 | 2010 |
2. | Khurafat | SKOP PRODUCTION SDN. BHD. | 8.08 | 2011 |
3. | Hantu Kak Limah Balik Rumah | TAYANGAN UNGGUL SDN. BHD. | 7.90 | 2010 |
4. | Adnan Sempit | MIG PRODUCTION SDN.BHD. | 7.66 | 2010 |
5. | Hikayat Merong Mahawangsa | KRU STUDIOS SDN. BHD. | 6.50 | 2011 |
6. | Lagi-lagi Senario | GRAND BRILLIANCE SDN.BHD | 6.33 | 2001 |
7. | Geng : Pengembaraan Bermula | LES' COPAQUE PRODUCTION SDN.BHD. | 6.20 | 2009 |
8. | Sembilu 2 | SKOP PRODUCTION SDN. BHD. | 6.10 | 1995 |
9. | Jangan Pandang Belakang Congkak | MIG PRODUCTION SDN.BHD. | 6.09 | 2009 |
10. | Jangan Pandang Belakang | MIG PRODUCTION SDN.BHD. | 5.78 | 2007 |
11. | KL Drift 2 | SKOP PRODUCTION SDN. BHD. | 5.67 | 2010 |
12. | Cicakman | KRU COMMUNICATION SDN.BHD. | 5.15 | 2006 |
13. | Maria Mariana | SKOP PRODUCTION SDN. BHD. | 4.72 | 1996 |
14. | Duyung | KRU COMMUNICATION SDN.BHD. | 4.67 | 2008 |
15. | Senario The Movie | GRAND BRILLIANCE SDN.BHD | 4.58 | 1999 |
16. | Gerak Khas The Movie | SKOP PRODUCTION SDN. BHD. | 4.40 | 2001 |
17. | Sembilu | SKOP PRODUCTION SDN. BHD. | 4.39 | 1994 |
18. | Senario Lagi | GRAND BRILLIANCE SDN.BHD | 4.37 | 2000 |
19. | Lagenda Budak Setan | ASTRO SHAW SDN. BHD. | 4.28 | 2010 |
20. | Senario The Movie : Episod 1 | MIG PRODUCTION SDN.BHD. | 4.26 | 2008 |
Maklumat ini sah sehingga 14 April 2011
Melihat kepada senarai ini boleh dikatakan bahawa filem cereka seram paling mendapat tempat dihati para peminat filem melayu tempatan.
Filem Ngangkung arahan pertama Ismail Bob Hasim di tempat teratas dengan kutipan Rm8.18 juta sejak di tayangkan pada 25.11.2010 lalu dipawagan tempatan. Kemudian diikuti oleh filem Khurafat dan Hantu kak Limah Balik Rumah yang juga filem seram.
Filem Ngangkung yang dijayakan oleh Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, Azad Jazmin, Putri Mardiana, Eira Syazira dan Farisya Fatin, tampil dengan mesej supaya masyarakat tidak terjebak dengan aktiviti main nombor ekor hingga sanggup melakukan pemujaan.
Filem ini mengesahkan seorang pemandu lori Azim (Shaheizy Sam) yang hidup serba sederhana bersama isterinya, Suri (Eira Syazira) dan anak mereka Wahida (Farisya Fatin). Azim terpedaya dengan hasutan rakan baiknya, Tasnim (Azad Jazmin) dan Wan (Angah Raja Lawak) untuk menyertai aktiviti ngankung yang dilihat dapat mengubah cara hidupnya.Azim pada asalnya tidak menghiraukan aktiviti rakannya itu tetapi akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup.
Semakin hari mereka bertiga semakin rancak bermain ekor sehinggalah kehidupan Azim menjadi lebih mewah hasil daripada kemenangan nombor ekor yang diperoleh menerusi aktiviti ngankung .Pelbagai kejadian aneh dan lucu terjadi sepanjang mereka mengankung di kawasan hutan. Biarpun mewah, namun kehidupannya bersama keluarga tidak lagi bahagia seperti dulu.
Azim mengabaikan keluarganya akibat taksud untuk mendapatkan nombor ekor.Begitu juga dengan kehidupan Tasnim dan Wan, sehinggalah suatu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka.
Walaupun niat di hati hanya ingin membaiki taraf hidup dan memberi kesenangan kepada keluarga, namun jika cara yang dipilih salah, maka tiada apa yang dapat membenarkannya.

Apakah kutipan filem Nangkung akan dapat diatasi oleh filem-filem lain,ini dapat dilihat dengan kemunculan filem-filem baru yang tidak kurang hebatnya termasuk yang sedang ditayangkan di pawagan sekarang seperti Cun, Dilarang Masuk dan Senjakala dan juga filem-filem yang bakal ditayangkan seperti Penunggu Istana, Seru, Momok Jangan Panggil Aku, Kongsi, Nur Kasih The Movie dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment