Sunday, April 3, 2011

Amy Search Pengetua AF9


Akhirnya teka-teki siapa sebagai Pengetua Akademi Fantasia ke9 AF9 terjawab apabila Lagenda rock tanahair, Amy Search diumumkan sebagai Pengetua, sekaligus menepis spekulasi kerusi panas itu diduduki oleh beberapa nama besar yang disebut-sebut dari Indonesia.
Pengumuman itu dibuat menerusi episod pertama konsert Tirai AF9 yang disiarkan secara langsung dari perkarangan Jusco AEON, Setiawangsa.
Karyawan dan penggiat seni yang pernah memegang jawatan Pengetua AF sebelum ini ialah Freddie Fernandez (AF1), Datuk Ramli MS (AF2 dan AF6), Datuk M.Nasir (AF3), Ramli Sarip (AF4), Roslan Aziz (AF5), DatinTiara Jacqualina (AF7) dan Norman Abdul Halim (AF8).
Dalam pada itu, musim terakhir ini juga mengembalikan pengacara popular Aznil Nawawi sebagai hos konsert mingguan dan program Dairi AF.
Akademi Fantasia musim kesembilan ini memulakan siaranya di Astro Ria saluran 104, melalui konsert pengenalan Tirai AF pada malam semalam dan akan meneruskan rutin konsertnya setiap hari Sabtu jam 9.00 malam mulai 9 April depan.

No comments:

Post a Comment

BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...