Tuesday, April 1, 2014

Catuan Air Diteruskan

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) akan meneruskan pelan catuan air yang diperkenalkan sebelum ini dengan penambahan satu lagi pelan (Peringkat Keempat) yang akan berkuatkuasa 4 April ini. Pelan catuan peringkat keempat ini akan melibatkan 6.7 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya secara keseluruhan.
Sebanyak sembilan wilayah yang terlibat dan pelan peringkat keempat melibatkan tambahan 620,237 pintu rumah menjadikan jumlah besar 1,340,231 pintu rumah atau 6.7 juta orang,
Sembilan wilayah yang terlibat ialah Gombak, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Lumpur,Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
Pelan catuan peringkat keempat akan menerima kaedah pengagihan yang sama dengan pelan sebelum ini iaitu menerima bekalan air selama dua hari dan diikuti dengan dua hari catuan. Pelan ini terpaksa diperkenalkan disebabkan paras air di empangan-empangan masih rendah dan semakin merosot.

 Walaupun terdapat hujan di Lembah Klang sejak 16 Mac lalu, kadar hujan di kawasan-kawasan tadahan empangan adalah rendah.

Thursday, March 27, 2014

Handphone Galaxy S5


Samsung menampilkan handphone generasi kelima Samsung Galaxy S iaitu S5 secara rasmi di Malaysia pada harga RM2,399 yang mula dijual 11 April nanti.Handphone Galaxy S5 pastinya dapat memenuhi kehendak asas pengguna yang mahukan kamera berkualiti tinggi serta aplikasi mudah untuk membuat suntingan serta memindah naik pada resolusi kamera 16 megapiksel. 

Galaxy S5 turut menawarkan sistem fokus automatik terpantas di dunia sehingga 0.3 saat selain menaik taraf kualiti High Dynamic Range (HDR) untuk menghasilkan pencahayaan serta warna yang lebih terang.

Dengan skrin lebih besar iaitu 5.1 inci Full HD Super AMOLED pastinya S5 menjanjikan kepuasan pengguna ditambah dengan pemproses 2.5 GHz Quadcore dan generasi kelima Wi-Fi 802.11ac serta 2X2 MIMO yang menyokong frekuensi LTE kategori 4.


Dari segi fizikal, S5 sama seperti model terdahulu dengan bahan plastik premium namun dengan rekaan yang lebih moden seperti liang kecil untuk tampak lebih elegan dan mudah dipegang.

Sunday, March 23, 2014

Siapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Yang Baharu

Hari ini seramai 38,055 pengundi berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang akan menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pemilih bagi memilih wakil rakyat yang baharu.


PRK Kajang diadakan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan tanpa sebab pada 27 Januari lepas. Pada PRU13 lalu, Lee Chin Cheh menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sementara Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding mewakili Pakatan Rakyat.

Selepas 12 hari tempoh berkempen yang tamat pada tengah malam tadi, nasib kedua-dua calon wanita yang bertanding dalam saingan satu lawan satu tersebut kini berada di tangan pengundi dun tersebut.

Sebanyak 15 pusat mengundi yang dibuka seawal pukul 8 pagi disediakan bagi proses pengundian biasa PRK Kajang.
 Proses pengundian akan ditutup pada pukul 5 petang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan PRK Kajang akan mula diketahui seawal pukul 9 malam ini.

Saturday, March 8, 2014

Pesawat MAS Ke Beijing Hilang

SEPANG: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan bahawa penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang pada pukul 2.40 pagi, Sabtu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, Penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777 -200 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi pada 8 Mac 2014.
MH370 dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Penerbangan itu membawa seramai 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal.
Penumpang-penumpang dalam pesawat tersebut terdiri daripada 13 warganegara berbeza.
Sementara itu, 'Reuters' melaporkan bahawa pesawat terputus hubungan radar di ruang udara yang dikawal oleh Vietnam, memetik laporan awal pagi agensi berita China, Xinhua.
Pesawat itu dilaporkan tidak memasuki ruang udara yang dikawal oleh China dan tidak berhubung dengan pusat kawalannya.
MAS berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mencari pesawat.
Syarikat penerbangan itu akan menyediakan kemas kini perkembangan keadaan dari masa ke semasa.

Sementara itu, orang ramai boleh menghubungi +603 7884 1234 untuk maklumat lanjut.

Sunday, February 16, 2014

BR1M 2014 akan dibayar pada 22 Februari ini

Seramai 5.4 juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2014) yang mempunyai akaun bank akan menerima terus bayaran berkenaan ke dalam akaun masing-masing pada 22 Feb ini serentak di seluruh negara sebaik sahaja program BR1M dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Sekolah Menengah Aminuddin Baki di Kuala Lumpur nanti.
Sementara seramai dua juta lagi penerima bayaran BR1M yang tidak mempunyai akaun bank akan menerima baucar secara berperingkat dalam tempoh tidak melebihi 20 hari, bermula 23 Feb ini yang akan diagihan kepada mereka oleh para pemimpin di kawasan parlimen masing-masing.
Bagi melaksanakan kesemua pakej BR1M 2014, kerajaan akan memperuntuk sejumlah RM4.6 bilion yang dijangka dapat memanfaatkan sebanyak 7.9 juta penerima yang keseluruhannya melibatkan 4.63 juta isi rumah dan 2.4 juta individu bujang.
Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
Sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M 3.0 diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Pada  BR1M 2014 kali ini juga, kerajaan turut memperkenalkan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) bernilai RM50 kepada penerima isi rumah BR1M dengan nilai perlindungan minimum RM1,000 (kematian biasa) dan maksimum RM30,000 sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal.

Thursday, February 13, 2014

Skim Pinjaman Perumahan Tanpa Faedah

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mengumumkan pelaksanaan Skim Pinjaman Perumahan Anggota Perkhidmatan Awam Johor Tanpa Faedah berkuat kuasa 1 Mac ini ketika menyampaikan amanat sulung tahun ini kepada kira-kira 1,500 penjawat awam negeri di Kota Iskandar, Johor Baharu.

Sebelum ini, kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak empat peratus.
Beliau berkata bagi peminjam yang masih mempunyai baki dan dipotong dari gaji bulanan, baki pinjaman terkini akan disediakan pada April hingga Mei depan. Bayaran balik mengikut jadual baru skim ini akan dilaksanakan pada Mei atau Jun tahun ini.
"Kerajaan sentiasa inovatif dalam menangani masalah rakyat dan yang paling penting ialah semua ini disumbang melalui inovasi dasar yang dilakukan penjawat awam," katanya.
Menurut Khaled, antara dasar penting dalam pembentangan Bajet 2014 ialah usaha kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.
"Langkah seperti memperbanyakkan projek rumah mampu milik sememangnya sangat bertepatan. Ini bermakna, kerajaan tidak hanya membiarkan kuasa pasaran menentukan kos rumah," katanya.


Friday, January 31, 2014

Salah Lelaki Kah?

Patutkah hanya lelaki yang dipersalahkan jika berlaku situasi sebegini?

Situasi sebegini seringkali dihadapi oleh lelaki-lelaki di zaman moden ini. Seorang lelaki duduk dalam bas sebelah seorang perempuan yang walaupun bertudung tapi berpakaian ketat. Oleh sebab baju dia ketat, maka kelihatanlah dua bukit yang menonjol dari baju perempuan itu. Adakah ini dianggap menutup aurat?


Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu, "kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ini dah besar, macam mana pilak kau tengak reak kan?" Puas lelaki tu melawan godaan syaitan tapi nafsu datang membantu syaitan dan akhirnya lelaki tu tumpas.


Lelaki itu buka matanya dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengoklah ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.


"Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!" Perempuan itu menyumpah-nyumpah lalaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu. Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?


Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah?


Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang termaktub dalam Al-quran surah An-Nur ayat 30 Katakanlah ( wahai Muhammad kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan Nya tentang apa yang mereka kerjakan.


Tetapi tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja, perempuan juga mempunyai tanggunjawab mereka seperti yang tertulis dalam suruh An-Nur ayat 31.  Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tudak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekian kepada Allah, walai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.


Oleh itu jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya juga disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah...wallahualam.






BLOG INFO

Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...